00:00Itu tekanan inflasi akibat kejutan harga tenaga global berisiko menjejaskan pertumbuhan pinjaman dan aset sektor perbankan Malaysia.
00:08Firma MBSB Research berkata kesan penuhnya akan dirasai dalam tempoh beberapa suku akan datang sekiranya konflik di Asia Barat berterusan.
00:19Firma itu berkata walaupun prestasi sektor itu kekal stabil pada suku pertama 2026, prospek seterusnya semakin mencabar.
00:26apabila kesan tekanan kos mula dirasai oleh pengguna dan perniagaan.
00:31Ia turut menjangkakan harga tenaga yang kekal tinggi akan menjejaskan pelaburan korporat serta perbelanjaan isi rumah, dua tunjang utama permintaan
00:39domestik negara.
00:40Meskipun Bank Negara Malaysia sebelum ini melaporkan pertumbuhan pinjaman stabil pada kadar 5.6% tahun ke tahun, MBSB Research
00:47berpendapat momentum itu sukar dikekalkan dalam jangka masa pendek.
00:51Sementara itu, firma Kenanga Research pula memberi amaran mengenai kemungkinan peningkatan risiko dalam segmen pembayaran tanpa cagaran
00:58seperti pinjaman peribadi, kad kredit serta perusahaan kecil dan sederhana atau PKS.
01:04Katanya keadaan itu boleh mendorong bank untuk beralih kepada pembayaran yang lebih rendah risiko
01:09seperti pinjaman perumahan dan sewa beli bagi mengekalkan kualiti aset mereka.
01:13Dalam ada itu, CGS International pula berpendapat pertumbuhan pinjaman tinggi pada suku pertama 2026 tidak mampan untuk tiga suku berikutnya
01:22dengan unjuran pertumbuhan tahunan hanya sekitar 4.5%.
01:26Walaubagaimanapun, ia mengunjurkan asas sektor perbankan kekalkukuh
01:30disokong oleh penampan modal yang kuat, kualiti aset stabil
01:34serta persekitaran makroekonomi relatif yang masih teguh.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments