Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman penjara kepada 14 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan bekas isteri koma, selain mengarahkan bayaran pampasan RM25,000 bagi mencerminkan keseriusan kes.
Transcript
00:00Mahkamah Rayuan Putrajaya pada isteri menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah
00:08terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, sehingga koma 5 tahun lalu.
00:14Panel 3 Hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Nordin Badarudin dan Datuk Muhammad Razib Abdul Hamid,
00:23memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakuan supaya tertuduh dikedakan hukuman maksimum.
00:31Semasa membaca keputusan sebulat suara, Nordin berkata selain hukuman penjara bermula Isnin, Rosmany Abdul Rauf, 43 tahun, selaku perayu dikendaki
00:40membayar pampasan RM25,000 kepada Jahidah melalui wakil keluarga yang menjaganya.
00:46Sekiranya perayu gagal membayar pampasan perkenaan, dia akan dipenjara selama 6 bulan.
00:50Menurutnya, kes ini wajar dikenakan hukuman maksimum sebagaimana diperuntukkan undang-undang kerana dapat mencerminkan keseriusan kes selain memenuhi keadilan dan
00:59memberi mesej tegas oleh mahkamah kepada masyarakat.
01:02Pada 17 Jun 2021, Rosmany dihadapkan ke Mahkamah Session Johor Baru dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan
01:10kecederaan ke atas Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan
01:18kecederaan parah.
01:19Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selepas menerima rawatan awal di
01:26unit rawatan rapi ICU Hospital Sultan Aminah negeri itu.
01:30Jahidah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki S. Hanufail secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus
01:38orang kurang upaya OKU.
Comments

Recommended