Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sebuah kapal tangki dilaporkan terkena objek tidak dikenali di Selat Hormuz ketika ketegangan konflik AS-Israel dan Iran memuncak, sekali gus menjejaskan keselamatan perkapalan serta laluan tenaga global.
Transcript
00:00Sebuah kapal tangki dilaporkan terkena hentaman objek yang tidak dikenali di Selak Hormuz.
00:06Perkara itu dilaporkan sebuah organisasi keselamatan maritim.
00:10Pada Isnin, sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan negara itu akan mula membantu
00:16membebaskan kapal-kapal yang terkandas di teluk susulan konflik perang antara Amerika Syarikat Israel dengan Iran.
00:26Terang bagaimanapun tidak memperincikan pelan berkenaan, namun memaklumkan usaha itu bermula Isnin bagi membantu kapal serta kru yang terperangkap di
00:33laluan perairan strategi itu
00:35dan kini berdepan kekurangan bekalan makanan serta keperluan asas lain.
00:39Menurut pertubuhan maritim antarabangsa, ratusan kapal dan sehingga 20,000 pelaut tidak dapat melalui selat berkenaan sepanjang konflik berlangsung.
00:46Pusat Tentera Amerika Syarikat maklumkan operasi itu akan disokong oleh 15,000 anggota tentera Amerika Syarikat,
00:52lebih 100 pesawat darat dan laut selain kapal perang serta drone.
00:56Tidak lama selepas kenyataan Trump, Agensi Perdagangan Maritim Britain melaporkan sebuah kapal tangki terkena objek tidak dikenali di selat tersebut.
01:04Menurut agensi itu, semua kru dilaporkan selamat dalam insiden yang berlaku kira-kira 78 batu nautika di utara Fujairah.
01:11Iran dilaporkan telah menyekat hampir keseluruhan perkapalan dari teluk kecuali kapal miliknya sendiri sejak lebih dua bulan lalu sekaligus menyebabkan
01:18harga tenaga global melonjak.
01:19Beberapa kapal yang cuba melalui laluan itu dilaporkan ditembak manakala beberapa lagi dirampas oleh Iran.
01:25Bulan lalu, Amerika Syarikat turut mengedakan sekatan terhadap kapal-kapal yang berlepas dari pelabuhan Iran.
Comments

Recommended