00:00Kolongan wanita bumi putera luar bandar terus menjadi antara fokus utama dalam usaha memperkukuh pembangunan sosio-ekonomi negara, khususnya dalam
00:09bidang keusahawanan.
00:10Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW, Dato' Rubiah Wang, pelbagai inisiatif telah dirangka bagi memastikan wanita luar bandar
00:19bukan sahaja berilmu, malah mampu menceburi dan mengembangkan potensi dalam dunia perniagaan.
00:27Beliau menegaskan aspek pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk hala tujuh pembangunan wanita luar bandar.
00:33Wanita luar bandar ini berilmu, jadi aspek pendidikan amat penting dalam usaha kita mencorakkan pembangunan wanita luar bandar.
00:42Dan berdasarkan pendidikan inilah kita dapat mencorakkan sosio-ekonomik dan juga keusahawanan di kalangan mereka.
00:50Dan kita boleh lihat bagaimana perkara ini kita telah rintis, kita telah laksanakan dengan pelbagai program dan aktiviti oleh agensi
01:00-agensi di bawah KKDW.
01:01Dalam masa sama, Dato' Rubiah tidak menafikan masih wujud beberapa cabaran yang perlu ditangani khususnya dalam kalangan usahawan wanita luar
01:08bandar.
01:09Antaranya termasuk kekangan dalam aspek pengurusan perniagaan, pembangunan produk, akses kepada pembiayaan modal serta pemasaran.
01:16Seterusnya kita menggariskan mereka ataupun meletakkan mereka dalam situasi pembangunan sosio-ekonomik dan juga keusahawanan.
01:26Melalui ini cabaran tetap timbul.
01:29Yang mana walaubagaimanapun ramai usahawan wanita kita bentuk ataupun kita lahirkan di luar bandar, kita masih lagi mempunyai kekangan.
01:39Contohnya dari sudut pengurusan perniagaan itu sendiri, yang kedua produk itu sendiri, yang ketiga dari sudut akses pembiayaan modal, yang
01:49keempat dari sudut marketing, maksudnya dari sudut pasaran produk berkenaan dan juga beberapa perkara lagi, rantaian isu dan cabaran yang
02:00dihadapi oleh usahawan-usahawan wanita luar bandar.
02:04Sebenarnya itu usaha berterusan akan diperkukuh bagi memastikan lebih ramai usahawan wanita luar bandar mampu berkembang secara mampan dan berdaya
02:11saing, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara inklusif.
02:16Beliau berkata demikian dalam program Putra 35.
Comments