Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Felo Bersekutu MINDA UKM, Dr Anuar Ahmad berkata penyelarasan data pendidikan Bumiputera penting bagi memastikan dasar dan intervensi dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, berkesan dan berasaskan keperluan sebenar di lapangan.
Transcript
00:00Data pendidikan Bumi Putera yang tidak dipusatkan dan tidak diselaraskan dengan baik menjadi antara cabaran utama dalam memastikan dasar serta
00:09intervensi pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih tepat dan berkesan.
00:14Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kebajuan Inklusif Malaysia Minda UKM Dr. Anu Ahmad berkata, Superdedikan Bumi Putera bukan berpunca daripada
00:23kekurangan idea atau cadangan dasar sebaliknya lebih kepada kelemahan pelaksanaan yang masih belum ditangani secara menyeluruh.
00:32Saya beri contoh, kita bercakap soal kemerosotan aliran sains tulen. Seluruh kalau kita lihat data sejak 10 tahun dulu, kita
00:42dapati bahawa jumlah pelajar yang masuk di dalam aliran sains tulen ini merosot.
00:49Tetapi kita tidak tahu sehingga kini berapa sebenarnya bilangan pelajar Bumi Putera yang terlibat dalam sains tulen dan mereka merosot.
00:58Dan apakah bilangan mereka yang gagal di dalam SPM? Di manakah mereka berada? Sama ada di sebelah pantai timur, pantai
01:06barat, selatan semenanjung Malaysia, bagaimana pula dengan Bumi Putera Sabah dan Sarawak?
01:11Jadi data-data ini apabila tidak dipusatkan, diselaraskan dan dikongsikan kepada masyarakat, maka kita tidak dapat lihat dengan jelas di
01:22manakah sasaran yang perlu kita tumpukan.
01:25Tambah beliau, keutamaan yang teruk mendesak ialah mewujudkan sebuah sekretariat atau bandang khusus yang diberi tanggungjawab memantau, menyelaras dan memastikan
01:33pelaksanaan dasar tersebut berjalan secara konsisten.
01:36Kewujudan entiti seperti itu dilihat penting bagi menyelakkan dasar kekal bersifat terpisah, bertindih atau tidak sampai kepada kumpulan sasaran secara
01:44berkesan.
Comments

Recommended