Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tiga lelaki warga Yaman terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, petang Ahad, sebelum kesemua mereka berjaya diselamatkan dalam operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Transcript
00:00Tiga lelaki warga Yaman terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Kedondong patang kali petang ahad sebelum
00:08kesemua mereka berjaya diselamatkan dalam operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor.
00:14Menurut penolong pengarah bahagian operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.12 petang dan jentera
00:23dari Balai Bomber dan Penyelamat PBP Kuala Kubu Baru tiba di lokasi kira-kira jam 4.40 petang dengan jarak
00:3026km dari balai.
00:34Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mengesahkan terdapat tiga mangsa lelaki warga Yaman yang terkandas akibat arus kepala air.
00:41Dua daripada mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah berjaya diselamatkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pihak
00:47bomba.
00:49Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera di bahagian tangan selepas berada di kawasan tebing setinggi kira-kira 3 meter.
00:54Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang terlibat dalam operasi berkenaan.
00:59Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.
01:05Operasi tamat pada jam 5.30 petang dan tindakan lanjut operasi telah diselesaikan oleh pasukan penyelamat.
Comments

Recommended