00:00Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini.
00:07Ketegasan disuarkan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Sri Ahmad Zaid Hamidi yang berkata,
00:11pengeluarannya penting bagi membantu kerajaan menurunkan harga diesel di negara ini.
00:19Menurut beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,
00:22pengeluaran biodiesel bermula daripada B15 dan akan meningkat kepada B20
00:27sebelum menjadi B50 dalam tempoh 2-3 tahun lagi.
00:31Ia bermula daripada B15 dan ia akan meningkat kepada B20.
00:39Seterusnya untuk tempoh 2-3 tahun ini mungkin hingga ke B50.
00:46Dan ini kita lakukan secara gradual bagi menentukan bahawa agar harga CPO
00:52tidak akan membebatkan pengeluaran kepada biodiesel ini.
00:57dan kita akan lihat harga pasaran kepada CPO dan harga pasaran kepada minyak
01:05yang dikeluarkan untuk tenaga fosil.
01:10Dan setiap waktu kita akan menentukan bahawa kos pengeluaran itu
01:15tidak mengatasi harga pasaran kepada CPO.
01:19Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulan Mei
01:23Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW di Putrajaya.
01:26Sementara itu, Ahmad Zahid berkata agensi-agensi di bawah KKDW
01:30diseru agar melihat aset serta sumber di kawasan desa
01:33secara lebih strategik dan berimpak tinggi.
01:35Katanya, antara yang perlu diberi tumpuan termasuk tanah yang masih belum dioptimumkan,
01:40ladang yang berpotensi meningkatkan hasil
01:42serta pusat latihan yang mampu melahirkan tenaga kerja mahir.
Comments