Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan minggu ini terarah kepada data pasaran guna tenaga AS, teruama Penggajian Bukan Perladangan (NFP).
Transcript
00:00Urus niaga ringgit diunjur dalam julat lebih kecil pada minggu ini iaitu RM3.96 hingga RM3.98 berbanding dolar AS
00:08menjelang pengumuman data penting berkaitan negara maju itu.
00:12Ketua Ahli Ekonomi Bank Mu'malat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzarnizam Abdul Rashid berkata, tumpuan minggu ini terarah kepada data pasaran
00:20guna tenaga AS terutama penggajian bukan peladangan NFP.
00:28Katanya data ini kritikal memandangkan pihak Rizad Persekutuan AS memerlukan bukti yang meyakinkan bahawa pasaran guna tenaga semakin perlahan.
00:37Jika tidak, ini mungkin hanya mengekalkan pendirian dasar moneteri FED yang ketat.
00:42Bagi urus niaga kamis lepas, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada RM3.9690 berbanding RM3.9630 pada akhir dagangan
00:53minggu sebelumnya.
00:54Selain itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan matawang utama minggu lepas.
01:00Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakan meningkat berbanding matawang ASEAN.
01:04Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum hari pekerja.
Comments

Recommended