Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 menggariskan tiga teras utama melibatkan kerangka strategik, reformasi dasar dan iltizam politik. Perbincangan tertumpu kepada cabaran pelaksanaan serta keupayaan sistem pendidikan melahirkan generasi Bumiputera yang berdaya saing dalam ekonomi masa depan.
Transcript
00:00Selepas hampir tujuh dekad merdeka, soalan asas masih kekal.
00:05Adakah sistem pendidikan Bumi Putera hari ini benar-benar mampu melahirkan generasi yang berdaya saing dalam ekonomi yang semakin kompleks
00:12dan dipacu teknologi?
00:13Kongres Pendidikan Bumi Putera 2026 menggariskan tiga teras utama kerangka strategi, informasi dasar dan iltizam politik.
00:21Namun cabaran sebenar bukan pada perancangan tetapi sejauh mana semua ini mampu diterjemahkan pada hasil yang nyata.
00:28Bersedia dalam talent untuk mengulas lebih lanjut adalah Dr. Anwar Ahmad, fellow bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Minda
00:36UKM.
00:36Saya nak ucapkan terima kasih Dr. kerana sedia meluangkan masa bersama kami.
00:40Sudah tu kita ingin membincangkan bukan sahaja masa depan pendidikan tapi bagaimanakah masa hadapan nasib rakyat itu sendiri.
00:47Melihat kepada reality check iaitu foundationnya dan selepas 68 tahun, adakah pendidikan Bumi Putera benar-benar berada di landasan yang
00:56betul
00:56atau kita masih berdepan jurang struktur yang belum diselesaikan?
01:02Baik, terima kasih Nina atas perbincangan ini.
01:06Yang pertama sekali tentu saja selepas hampir 69 tahun kita merdeka, kita sudah melihat banyak perubahan,
01:14banyak peningkatan dan juga kecemalangan pendidikan yang telah dicapai oleh masyarakat Bumi Putera.
01:20hasil daripada perancangan, pelaksanaan dan juga pemikiran, pemimpin-pemimpin kita terdahulu
01:26sejak daripada zaman Tun Abdul Razak, Tun Abdul Rahman dan sebagainya.
01:31Tapi pada masa yang sama juga kita faham dan kita tahu bahawa cabaran-cabaran baru dalam sektor pendidikan,
01:39sektor sumber tenaga manusia, penguasaan dan sebagainya itu perlu kita perhalusi daripada masa ke semasa.
01:47Dan cabaran pada hari ini tentu tidak sama dengan apa yang telah dilaksanakan
01:52ataupun apa yang telah berlaku pada satu masa dulu.
01:55Kalau kita lihatlah secara rikas tahun 60-an, 70-an, Bumi Putera bila bercakap soal pendidikan,
02:03kita menjurus kepada isu-isu berkaitan dengan keciciran, kemiskinan, kekurangan dari segi pemakanan, zat dan sebagainya.
02:12Begitu juga dengan kesedaran masyarakat khususnya dikalangan ibu bapa
02:15yang masih pada waktu itu masih rendah berkaitan dengan kepentingan pendidikan untuk memajukan anak-anak mereka.
02:23Tetapi hari ini fenomena itu berubah.
02:25Kalau kita lihat ibu bapa pada hari ini khususnya di kalangan masyarakat Bumi Putera
02:30begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam pendidikan, dalam pelajaran.
02:36Mereka juga ingin anak-anak mereka berjaya dalam berbagai sektor pembangunan sumber manusia, profesional dan sebagainya.
02:42Jadi saya rasa dari secara umumnya boleh kita katakan bahawa masyarakat kita, masyarakat Bumi Putera khususnya
02:49telah melalui satu proses penambahbaikan kepada kesedaran, penguasaan dan juga kekuatan mereka dalam pendidikan.
02:59Tetapi itu tidak cukup.
03:02Kalau kita lihat kepada perkembangan semasa, jelas menunjukkan bahawa anak-anak Bumi Putera perlu lebih diberikan perhatian
03:10kepada soal-soal bagaimana untuk memastikan mereka mempunyai pendidikan, mereka mempunyai kecekapan dan juga penguasaan ilmu dan sebagainya.
03:19Tetapi pada masa yang sama juga, mereka bersedia untuk bersaing bukan lagi di peringkat wilayah, daerah atau negeri.
03:27Tetapi sekarang ini kita bercakap soal bagaimana anak-anak Bumi Putera boleh berada di peringkat global.
03:33Dan contoh-contoh ataupun kisah-kisah kejayaan Bumi Putera di peringkat terbangsa itu telah banyak kita lihat dan kita dengar.
03:42Cumanya jumlahnya itu masih belum memuaskan hati dan juga kita perlu bergerak dengan lebih besar
03:50dan dengan perancangan yang lebih strategik.
03:54Sebab itu bila saya dijemput dan saya hadir di dalam program Kongres Pendidikan Bumi Putera
04:01yang dilaksanakan pada hujung minggu lalu, beberapa isu besar telah dibangkitkan oleh para peserta.
04:09dan saya lihat ada respons daripada kepimpinan negara khususnya yang amat berhormat pada Menteri
04:17berkaitan dengan isu-isu pendidikan Bumi Putera.
04:19Misalnya, kita masih bercakap soal memberikan kesaksamaan kepada pendidikan.
04:27Kita tahu bahawa misalnya data-data yang kita ada menunjukkan bahawa
04:32masih ramai anak-anak Bumi Putera yang tidak mempunyai penguasaan yang baik
04:38di dalam aliran sains, bidang sains dan sebagainya
04:42yang memerlukan tindakan-tindakan yang lebih komprehensif, yang lebih menyeluruh
04:47bagaimana untuk kita memastikan lebih ramai golongan anak-anak Bumi Putera
04:52menguasai aliran sains dan matematik khususnya berkaitan dengan sains ataupun teknologi
04:59yang berkemahiran tinggi. Itu yang pertama.
05:02yang jumlahnya itu masih tidak memuaskan.
05:05Yang keduanya isu pendapatan.
05:07Kita dimaklumkan masih dalam keadaan yang tidak memuaskan.
05:13Kita masih lagi berada ataupun Bumi Putera masih lagi berada di dalam kalangan
05:18mereka yang berpendapatan lebih rendah berbanding dengan kumpulan etnik yang lain
05:23yang saya rasa ini juga satu indikator yang harus kita lihat bagaimana untuk meningkatkan
05:29jumlah pendapatan di kalangan Bumi Putera.
05:32Mengapa isu ini penting ni? Sebab bila kita bercakap soal Bumi Putera
05:37ini bukan soal perkawuman kerana 70% daripada masyarakat negara ini adalah golongan Bumi Putera
05:46sama ada di Selanjung dan juga di Sabah, di Sarawak.
05:49Dan 7% ini jika kita tidak menguruskan dengan baik, jika mereka terus ketinggalan
05:55ia akan memberi kesan yang besar kepada pembangunan negara.
05:59Kerana jika 70% ini berada dalam ketinggalan, mereka tidak berupaya untuk menguruskan
06:06misalnya soal pendapatan yang masih rendah, kemiskinan yang masih ada
06:10maka ia akan memberi pengaruh kepada pembangunan negara kita.
06:14Dan kesannya bukan hanya kepada kumpulan Bumi Putera tapi juga kepada masyarakat
06:18bukan Bumi Putera yang mempunyai perniagaan syarikat dan sebagainya
06:22yang memerlukan guna tenaga manusia sebahagiannya daripada Bumi Putera.
06:27Jadi menggagaskan usaha untuk memajukan pendidikan Bumi Putera bukan soal
06:33hanya semata-mata untuk memastikan kumpulan Bumi Putera itu berjaya
06:37tetapi kesan langsung kepada kejayaan kita merancang dan melaksanakan
06:44pelbagai program pendidikan supaya golongan anak-anak mutera berjaya dan
06:48berikan menjadi sumber manusia yang berteknologi tinggi, berkemahiran tinggi
06:52itu sebenarnya memberi kesan yang positif kepada pembangunan negara,
06:57kepada pembangunan industri dan seluruhnya kepada ekonomi negara kita.
07:01Paling penting doktor adalah bergerak ke hadapan untuk kita memastikan
07:05banyak pelaksanaan ataupun perancangan yang boleh kita lakukan pada skala lebih besar
07:09dengan perancangan lebih strategik untuk bawa lebih banyak lagi Bumi Putera
07:13ke peringkat tinggi iaitu di peringkat global dan namun selepas
07:17perancangan yang strategik kita akan melihat kepada eksekusi.
07:20Kongres menekankan kerangka dari formasi dasar tetapi isu utama seringkali
07:23pelaksanaan di mana sebenarnya bottleneck terbesar dasar, koordinasi
07:27ataupun keupayaan institusi itu sendiri.
07:31Saya setuju bahawa kita tidak kurang ataupun kita tidak berhadapan dengan isu besar
07:37terhadap idea-idea bagaimana untuk meningkatkan pendidikan mutera.
07:42Isunya lebih kepada pelaksanaan.
07:43Yang pertama sekali yang saya lihat adalah kita berada dalam situasi di mana data-data
07:50terkini berkaitan dengan Bumi Putera itu tidak dipusatkan ataupun tidak diselaraskan
07:56dengan baik. Sebab itu kalau kita bercakap soal Bumi Putera bila kajian-kajian yang ingin
08:01kita lakukan berkaitan dengan pendidikan Bumi Putera.
08:04Salah satu cabaran besar kepada para penyelidik adalah untuk mendapatkan data-data terkini
08:10yang sah, yang boleh dipercayai bagaimana untuk memastikan bahawa data-data ini dapat
08:19digunakan sepenuhnya untuk melakukan analisis dan hasil daripada analisis itu
08:25maka pelaksanaannya akan lebih terjamin.
08:28Misalnya saya beri contoh, kita bercakap soal kemerosotan aliran sains tulen.
08:34Seluruh kalau kita lihat data sejak 10 tahun dulu, kita dapati bahawa jumlah pelajar
08:40yang masuk di dalam aliran sains tulen ini merosot.
08:44tetapi kita tidak tahu sehingga kini berapa sebenarnya bilangan pelajar Bumi Putera yang
08:50yang terlibat dalam sains tulen dan mereka merosot.
08:53Dan apakah bilangan mereka yang gagal di dalam SPM?
08:58Di manakah mereka berada? Sama ada di sebelah pantai timur, pantai barat, selatan
09:03semenandung Malaysia. Bagaimana pula dengan Bumi Putera Sabah dan Sarawak?
09:06Jadi data-data ini apabila tidak dipusatkan, diselaraskan dan dikongsikan kepada masyarakat
09:13maka kita tidak dapat lihat dengan jelas di manakah sasaran yang perlu kita tumpukan
09:21untuk memastikan pendidikan Bumi Putera itu dapat dilaksanakan secara berkesan.
09:25Itu yang pertama, data adalah perkara yang paling kritikal bagaimana kita untuk memastikan
09:31anak-anak Bumi Putera ini dibantu dari segi perancangan dan juga pelaksanaan.
09:35Yang kedua yang saya rasa besar juga adalah walaupun disebut oleh yang amat berhormat
09:40Puan Menteri, kita tidak memerlukan satu dasar pendidikan Bumi Putera kerana dasar-dasar
09:46sebegini biasanya telah ada di dalam berbagai dasar ataupun kertas ataupun polisi yang
09:52sedia ada. Tapi saya percaya bahawa kewujudan sebuah sekretariat ataupun sebuah
09:58badan yang dapat diberikan tanggungjawab untuk memastikan semua dasar-dasar yang
10:04dilaksanakan itu masih perlu diadakan. Kita tidak boleh sepenuhnya
10:09bergantung ataupun melihat dasar ini dikongsikan dengan semua kementerian dan
10:14bagaimana semua kementerian ini dapat melaksanakannya. Tetapi pada saya adalah
10:18sangat penting jika kita benar-benar untuk membantu dan memastikan Bumi Putera
10:26pendidikan mereka diangkat adalah memujudkan satu sekretariat ataupun
10:30pasukan yang dilantik oleh kerajaan supaya pasukan ini dapat secara langsung
10:37memantau, merancang, mengumpulkan data dan mengemukakan resolusi dan juga
10:44memastikan semua pelaksanaan itu dapat dilaksanakan secara pekerja. Ini telah kita
10:49lakukan sebenarnya pada tahun tujuh puluhan dulu. Sebab itu kewujudan
10:54Mara, kewujudan Bank Bumi Putera pada satu masa dulu, begitu juga dengan
10:59rancangan seperti rancangan makanan tambahan, sekolah-sekolah asrama harian
11:04untuk masyarakat kampung dan desa yang ramainya Bumi Putera itu datang
11:09daripada pasukan yang pada itu dikenali sebagai pasukan keciciran murad.
11:13di mana pasukan ini telah mengemukakan syur-syur dan mereka juga
11:17memantau supaya semua pelaksanaan ini dapat dilaksanakan. Alhamdulillah
11:21hasil daripada pasukan seperti itu, kita dapat lihat rancangan buku teks telah
11:26berjaya meningkatkan pendidikan anak-anak Bumi Putera khususnya di luar
11:30bandar. Begitu juga dengan rancangan makanan tambahan yang membantu
11:34anak-anak yang mungkin kurang kasiat makanan pada waktu itu dapat
11:38pemakanan yang lebih baik. Begitu juga dengan asrama-asrama harian.
11:42kerana waktu itu ramai kehadiran keciciran itu sebab kalau jarak
11:47sekolah yang jauh. Jadi itu semua membantu untuk meningkatkan pendidikan
11:52di kalangan Bumi Putera.
11:55Baik, Dr. Banyak sebenarnya yang kita nak bincangkan kalau boleh kita
11:57nak libatkan pasal AI ekonomi tetapi mungkin kita akan bincangkan
12:00mengenai perkara ini pada masa akan datang. Setentu apa yang kami
12:04kita boleh rangkumkan adalah kejayaan pendidikan Bumi Putera ini
12:07tidak boleh lagi diukur pada jumlah dasar atau resolusi yang
12:09dihasilkan tetapi jauh mana ia benar-benar diterjemahkan kepada
12:12hasil melahirkan generasi yang berkemahiran, berdaya saing dan
12:16mampu bertahan dalam realiti ekonomi baru. Kerana dalam dunia yang
12:19bergerak pantas hari ini, pendidikan bukan sekadar laluan ia adalah
12:22penentu masa depan. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada
12:25Dr. Anwar Ahmad, fellow bersekutu Institut Pembangunan dan
12:28Kemajuan Inklusif Malaysia Minda UKM untuk analisis dan
12:31pandangan yang sangat bernilai.
12:33terima kasih kerana menonton!
12:33terima kasih kerana menonton!
12:33terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended