Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
AWANI Borneo Ahad 3 Mei 2026 bersama Assim Hassan

1. Sarawak rancang bina kampus data AI di Tanjung Embang
2. Kerajaan konsisten lindungi kepentingan Bumiputera
3. Penemuan gigi berusia lebih 50 ribu tahun di Gua Niah tarik perhatian dunia

Category

🗞
News
Transcript
00:06Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya, Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:17Sarawak rancang bina kampus data AI di Tanjung Imbang.
00:25Kerajaan konsisten lindungi kepentingan bumi putera.
00:33Juga penemuan gigi berusia lebih 50,000 tahun di Guaniah tarik perhatian di dunia.
00:44Sarawak merancang mewujudkan kampus data kecerdasan buatan AI di Tanjung Imbang yang bakal menjadi pemacu baru.
00:51Transformasi digital negeri itu sekaligus memperkukuh agenda ke arah ekonomi berasaskan teknologi dan data.
00:58Premier Sarawak Tan Sri Abang Joriton Oping berkata pembangunan kampus data bertaraf dunia itu akan menjadi asas kepada pembentukan grid
01:07AI Sarawak yang dijangka menyokong keperluan teknologi masa depan termasuk pusat data dan sistem AI.
01:17Menurut beliau, kawasan seluas 405 hektare atau seribu eka di Tanjung Imbang telahpun dikenalpasti bagi menempatkan pembangunan berkenaan dengan fasa
01:26pertama melibatkan kawasan seluas 120 hektare.
01:30Katanya kampus itu akan dilengkapi kemudahan bekalan tenaga, air serta not ketersambungan sistem AI bagi menyokong operasi ekosistem digital secara
01:38menyeluruh.
01:39Bila berkata demikian, sewaktu lawatan kerja rasmi ke Dublin Island yang turut meninjau pembangunan pusat data bertaraf global termasuk K2
01:46Strategic Data Center Campus sebagai rujukan pembangunan projek di Sarawak.
01:51Tambah beliau, projek berkenaan akan dilaksanakan menerusi kerjasama awam swasta atau PPP bagi menarik penyertaan pelabur serta syarikat teknologi antarabangsa.
02:00Pada masa yang sama, pembangunan kampus data AI itu juga dilihat mampu menjadi pembangkin kepada pembangunan menyeluruh di Tanjung Imbang
02:07termasuk cadangan lapangan terbang baru, pelabuhan laut modern dan industri rendah karbon.
02:13Langkah itu selari aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai hub teknologi dan ekonomi digital serantau pada masa depan.
02:22Usaha memperkasa agenda Bumi Putera dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan Madani, jelas Perdana
02:31Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim.
02:33Beliau berkata pendekatan itu membuktikan kerajaan tidak pernah mendukung elitizma hingga meminggirkan kepentingan Bumi Putera seperti yang didakwa sesetengah pihak.
02:42Perdana Menteri berkata dalam kerangka dasar yang lebih besar, kerajaan tetap meimbangi antara pengiktirafan merit dan keperluan penjagaan kepentingan majoriti
02:54termasuk keputusan memberi tempat secara otomatik ke universiti kepada pelajar yang memperoleh keputusan 10A.
03:01Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis samudat 60 tahun MARA di pusat dagangan dunia Kuala Lumpur pada ahad.
03:10Tetapi dalam masa yang sama, 90% anak Bumi Putera itu diberikan kesempatan untuk program metrikulasi.
03:24Jadi jangan bila dalam perbahasan, jangan pilih satu.
03:27Pilih umpamanya kalau di kalangan orang bukan Melayu sebahagiannya, jangan yang menulis.
03:34Ada yang gunung kategori pensyarah, saya tak tahu dia berbicara apa.
03:40Atau ada yang digelar profesor.
03:43Profesor ini harus menukil, memahami dan meresikam adil.
03:49Dia ambil di situ, dia kata 90% dihadkan ataupun diperuntukkan kepada Bumi Putera.
04:02Hanya 10% bagi bukan Melayu.
04:06Dia tak sebut itu hanya program metrikulasi.
04:09Program metrikulasi itu dulunya 100% Bumi Putera.
04:15Kita beri kategori 10% terutama di kalangan anak-anak bukan Melayu yang miskin atau terpinggir.
04:25Tetapi, ada pula di kalangan sebahagian Melayu yang mengatakan,
04:31keputusan memberikan penyitirafan 10A kepada semua pelajar itu tidak adil.
04:38Jadi, pola minyak itu yang disebutkan zero sum game itu akan berterusan.
04:48Sebarang cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-16 secara serentak
04:52dengan pilihan raya negeri Melaka dan Johor
04:55bergantung sepenuhnya kepada situasi politik semasa
04:58serta perkenaan raja-raja dan yang di-Pertuan Negeri.
05:02Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Ahmad Zaid Hamidi berkata,
05:05walaupun tempoh pentadbiran Melaka dan Johor bakal berakhir tidak lama lagi,
05:09keputusan akhir tertakluk kepada kuasa Ketua Negeri
05:13berdasarkan nasihat Menteri Besar dan Ketua Menteri termasuk pembubaran.
05:19Tambahnya, turut diambil kira ialah dana kewangan yang digunakan
05:23suruhan jaya pilihan raya serta kesesuaian waktu sesuatu pilihan raya.
05:29Pada masa sama, Ahmad Zaid turut menyatakan jentera UMNO dan Barisan Nasional
05:35sentiasa bersiap-siaga menghadapi kemungkinan pilihan raya pada bila-bila masa.
05:40Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri Melaka dijangka terbubar secara otomatik
05:45pada 27 Disember ini, manakala Johor pada 21 April 2017.
05:51Mengikut undang-undang, SPR mempunyai tempoh sehingga 60 hari
05:56selepas pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.
05:59Ini bermakna PRN Melaka perlu diadakan selewat-lewatnya
06:03sekitar Februari 2017, manakala Johor sekitar Jun 2017
06:07sekiranya pembubaran berlaku secara otomatik.
06:14Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC
06:17mengeluarkan amaran tegas kepada semua pihak agar tidak menghasilkan
06:21atau menyebarkan kandungan berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja
06:26atau 3R yang boleh mencetuskan ketegangan awam.
06:29Sebenarnya, orang ramai dinasihatkan supaya menyimak kesahihan sesuatu maklumat
06:34sebelum dikongsi bagi mengelak salah faham dan permusuhan.
06:40MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian
06:44dan platform dalam talian yang bersifat provokatif,
06:47menghina serta menghasut kebencian dalam kalangan masyarakat.
06:51MCMC turut memaklumkan akan bekerjasama dengan polis diraja Malaysia
06:55serta agensi berkaitan bagi memantau, menyiasat dan mengambil tindakan
06:59terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.
07:03Pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
07:08dengan hukuman denda sehingga RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
07:15Dalam masa sama, MCMC menegaskan tindakan juga akan diambil terhadap penyedia platform
07:22yang gagal memberi kerjasama serta menggesa mereka mematuhi undang-undang
07:26bagi mengekang penyalahgunaan perkhidmatan.
07:31Garis panduan bagi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja-Kerja Pembinaan
07:37reka bentuk dan pengurusan edisi 2026 kini ditambah baik dengan aspek kesihatan mental.
07:44Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbarhan berkata
07:48kerajaan menyedari isu persekitaran pekerjaan, tempat kerja termasuk kemurungan,
07:54buli dan masalah kesihatan mental adalah serius.
07:57Katanya skop pelaksanaan garis panduan itu turut merangkumi pekerja gig.
08:02Betapa seriusnya masalah-masalah persekitaran di tempat kerja.
08:07Pertama, kemurungan. Kedua, kes buli. Ketiga, masalah mental itu sendiri.
08:13Selama ini kita seringkali menekankan betapa pentingnya aspek keselamatan
08:18di persekitaran ataupun di tempat kerja.
08:20Tetapi kita tidak mengambil dengan serius untuk kita menangani masalah-masalah pekerja
08:27yang terlibat dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.
08:30pihak majikan sebenarnya bukan sahaja di brief,
08:33malah ia menjadi salah satu panduan yang utama yang telah diberikan oleh pihak kementerian
08:37melalui agensi-agensi yang berkait rapat supaya mereka tahu
08:41untuk memastikan persekitaran tempat pekerjaan atau tempat kerja yang baik
08:46perlu mengikuti panduan-panduan yang telah disediakan dengan jelas.
08:52Penemuan sebatang gigi manusia yang secara sentifiknya berusia di antara 52,000 ke 55,000 tahun
09:00di Gua Dagang Niyah telah merubah aspek pelancongan gua dan arkeologi di Sarawak.
09:06Pakai arkeologi daripada Sydney Western University, Prof. Madhya, Dr. Darren Kuno berkata
09:12sebatang gigi itu membuktikan para saintis telah menemukan bukti fosil
09:18tentang kewujudan kumpulan manusia purba bukan modern
09:21yang dikenali sebagai Homo erectus yang tinggal di Sarawak semasa zaman ais.
09:29So, we've found a new human tooth actually, this is the most exciting discovery in the
09:33work and it turns out that this tooth represents one of our ancestors, it's not us, it's not
09:39Homo sapiens, but in fact it's what we call species we call Homo erectus or if you like
09:44Java man, it's the same species and this is the first time that we've found Java man in
09:49the island of Borneo. But this particular tooth that we've found in Trader's Cave, it's the
09:55youngest example that we've found for this species anywhere in the world. So, it's
09:59dated to about 53,000 years old, long time ago, but that turns out to be the youngest
10:05representative of Java man that's been found anywhere and it's here on the island of
10:10Borneo.
10:10Penemuan ini kata Kerno lagi mengabsahkan Sarawak sebagai kawasan teras dalam evolusi
10:16manusia global. Ia juga bukti fosil fizikal pertama manusia purba di Borneo dari tempoh
10:22ini dan menjelaskan bahawa Gonya pernah didiami oleh lebih daripada satu jenis manusia
10:28sekaligus meningkatkan nilai saintifik dan budayanya.
10:52So, it's quite possible that if we find the archaeological sites that we could find
10:58very old evidence here also in Borneo.
11:00Sebelum ini, kajian yang terkenal di sini membabitkan penemuan serpihan tengkorak yang
11:05dikenali sebagai Deep Skull di kawasan Helltrench, Great Mouth, niah oleh Barbara Harrison
11:11pada Februari 1958, di mana pentarahan kabarnya berusia 40,000 tahun.
11:18Kajian Dr. Kerno ini diterbitkan di bawah tajuk Elite Plastocin Archive Human Tooth from
11:25Gua Dagang, niah National Park, Sarawak oleh Jurnal Antarabangsa PLOS ONE pada 10
11:31Disember 2025.
11:33Dr. Kerno sebelum ini melaksanakan tiga siri ekskavasi di Gua Niah bermula pada tahun
11:382017 dengan projek dikenalikan bersama oleh University of New South Wales dan Jabatan
11:44Muzium Sarawak sempena 50 tahun kerja-kerja penyelidikan Gua Niah yang diketuai Tom
11:50Harrison pada 1967.
11:53Untuk rekod kompleks Gua Niah telah dinobatkan sebagai tapak warisan arkeologi dunia
11:58Pertubuhan Pendidikan Sientifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
12:03UNESCO pada Julai 2024.
12:09Dua Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO tampil perhatian menghulurkan bantuan berupa
12:14pakaian seragam sekolah kepada anak-anak mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Batu Sapi.
12:20Bantuan daripada Isma Cawangan Sandakan dan Sempurna bagi memastikan mereka dapat
12:25kembali ke sekolah dengan keadaan sempurna.
12:30Kami telah melihat secara langsung sewaktu kebakaran 19 April tempoh hari.
12:37Jadi kami merasa ini satu panggilan yang penting untuk kami bantu sebab kami
12:43disempurna perhatian kita sudah biasa untuk membantu bencana sama ada bencana alam
12:50ataupun kebakaran sama ada di dalam atau luar negara.
12:53Jadi bagi kami keperluan untuk bantu disandakan itu adalah sangat tinggi
12:58sebab di luar negara pun kami pergi apatah lagi disandakan.
13:02Jadi kami kena hadir untuk bantu rakyat disandakan terutama sekali anak-anak murid-murid
13:09sekolah di sekitarnya.
13:12Bantuan barangan sekolah untuk murid-murid di SMK Batu Sapi sebanyak 169
13:18pelajar yang telah menerima bantuan ini.
13:22Beliau berkata demikian kepada Wakil Awani Borneo selepas majlis penyerahan sumbangan
13:28kepada 169 pelajar di Dewan SMK Batu Sapi.
13:32Saya sangat berasa gembira kerana mendapat bantuan daripada pelbagai NGO di luar sana.
13:40Dengan bantuan yang diberikan ini ia dapat meringankan beban kepada keluarga kami
13:47yang terjejas dengan kebakaran ini.
13:51Semasa kebakaran saya hanya dapat menyelamatkan sedikit barang-barang sekolah
13:56yang lain itu sudah terbakar.
13:59Saya merasa bersyukur sebab dapat bantuan dari Yayasan Hasanah.
14:05Dia dapat meringankan beban kami bagi beberapa kanak-kanak dan remaja
14:12yang memerlukan pakaian sekolah, barangan sekolah.
14:15Selain bantuan persekolahan, bantuan segera seperti bakul makanan,
14:20periuk nasi dan kemah turut diberikan kepada 140 ketua isi rumah KIR.
14:29Malah laporan itu mengakhiri Awani Borneo.
14:32Untuk hari ini saya Asim Hassan. Salah hormat kita jumpa lagi.
14:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended