Skip to playerSkip to main content
Jemaah haji Malaysia yang tiba bagi musim ini dinasihatkan supaya memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan, khususnya selepas selesai menunaikan umrah setibanya di Tanah Suci.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Jemaah Haji Malaysia yang tiba bagi musim ini dinasihatkan supaya memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan, khususnya selepas selesai menunaikan umrah
00:09setibanya di Tanah Suci.
00:11Ketua Rombongan Haji Malaysia, Muhammad Hisham Harun berkata, jemaah perlu berehat secukupnya selepas perjalanan jauh sebelum membuat persiapan menghadapi kemuncak
00:21ibadah haji.
00:22Jadi di kesempatan ini saya ingin menasihatkan semua jemaah haji supaya selepas saja menunjukkan umrah berehat dengan sepenuhnya kerana perjalanan
00:33yang panjang daripada Malaysia seterusnya menunaikan umrah.
00:36Dia adalah penting untuk mereka menjaga kesihatan di mana cuaca di Mekah semakin lama semakin panas dan kita berharapkan supaya
00:46mereka minum air yang cukup, mengambil ubat dan sebagainya untuk bersedia lagi-lagi dalam 24 hari lagi untuk menunaikan haji.
00:56Muhammad Hisham berkata demikian ketika ditemui sempena ketibaan kumpulan pertama jemaah di terminal haji lapangan terbang King Abdul Aziz menerusi
01:04KT48 di Jeddah.
01:06Beliau turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa memastikan pengambilan air mencukupi serta mematuhi pengambilan ubat seperti yang ditetapkan.
01:16Dalam pada itu, Muhammad Hisham memaklumkan perjalanan keseluruhan jemaah haji Malaysia setakat ini berjalan lancar melibatkan kumpulan KT001 hingga KT048
01:28dengan sebahagian besar telah tiba lebih awal di Madinah.
01:31Beliau turut menzahirkan harapan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipemudahkan urusan serta memperoleh haji yang mabrut.
Comments

Recommended