Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Delegasi rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla 2.0 selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan daripada penahanan di perairan antarabangsa. Urusan kepulangan kini diselaras bersama pihak berkuasa dan wakil Malaysia di Turkiye.
Transcript
00:00Delegasi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan global Sumut Flotilla GSF 2.0 selamat tiba di Istanbul awal pagi tadi
00:10selepas dibebaskan daripada penahanan di perairan antarabangsa.
00:14Delegasi Malaysia termasuk Pempengaruh Geopolitik Zainar Rashid Ahmad ZRA, Pakar Perubatan Kecemasan Dr. Jihan Alia dan aktivis Musa Al-Nuairi
00:23antara yang tiba di Istanbul bersama kumpulan aktivis lain.
00:28Ketua Pengarah Sumut Nusantara Command Center SNCC Dato' Sani Arabi berkata 10 rakyat Malaysia yang terlibat kini disahkan berada dalam
00:35keadaan selamat.
00:36Belum berkata kesemua 175 aktivis kemanusiaan GSF 2.0 dibawa ke lapangan terbang Heraklion di Greece dengan bantuan pihak berkuasa
00:45tempatan bagi urusan pergerakan ke Istanbul.
00:48Menurutnya kerajaan Turki turut menyediakan pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang aktivis negara itu ke Istanbul selain membuka ruang
00:57kepada peserta GSF lain untuk menyertai penerbangan sama.
01:00Dalam masa sama, lawangan Free Saif, Free Tiago bergema di lapangan terbang sebagai tanda solidariti terhadap dua individu utama misi
01:08yang masih ditahan.
01:10Sepanjang tempoh penahanan, aktivis dilaporkan berdepan pelbagai tekanan termasuk provokasi dan serangan fizikal yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta.
01:19SNCC kini bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia serta menempatkan tiga wakil di Istanbul bagi menyelaras urusan kepulangan rakyat Malaysia.
Comments

Recommended