00:00Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walaupun berdepan cabaran ketika
00:09ini, titah yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
00:12Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim pada Jumaat, Seri Paduka Baginda bertitah kebajikan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian.
00:21Ini termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
00:32Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarif Sofiah turut menzahirkan ucapan selamat hari pekerja kepada seluruh warga kerja yang
00:40menjadi tulang belakang pembangunan negara.
00:42Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama
00:51ada di peringkat awam mahupun swasta.
00:53Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesehatan dan kesejahteraan dalam
01:03menjalankan tugas masing-masing.
Comments