00:00Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, JKNPP, melaporkan bahawa seorang lelaki tempatan meninggal dunia disebabkan stroke haba yang dilaporkan pada 26
00:09April selepas mangsa menyertai satu acara larian kategori sejauh 30km di bandar raya itu.
00:16JKNPP memaklumkan kes membabitkan lelaki berusia 42 tahun itu merupakan kes pertama penyakit berkaitan cuaca panas yang direkodkan di Pulau
00:25Pinang bagi tahun 2026.
00:27Menurut jabatan itu, lelaki berkenaan menyertai satu acara larian di Georgetown sejauh 30km yang bermula jam 6.30 pagi 25
00:35April.
00:36Laluan larian tersebut turut melibatkan trek berbukit melalui kawasan hutan sekitar bandar raya ini dan kira-kira 4 petang mangsa
00:44dilaporkan pengsan berhampiran garisan penamat.
00:47Mangsa diberikan rawatan kecemasan di lokasi sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang HPP dalam keadaan kritikal
00:55sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi ICU.
00:58Menurut kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada 28 minit pagi 26 April dan punca kematian disebabkan stroke haba dengan
01:06komplikasi rhabdomyolysis dan kegagalan pelbagai organ.
01:10Kenyataan itu memaklumkan, pastikan hidrasi badan yang mencukupi dan segera menghentikan aktiviti sekiranya mengalami tanda-tanda awal kelesuan haba seperti
01:19pening, mual atau kekejangan otot.
01:22Orang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut semasa cuaca panas iaitu elakkan pendedahan panjangan di luar, minum air
01:30kosong dengan kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat dan hadkan aktiviti fizikal lasak.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments