00:00Iran mengecam kenyataan Donald Trump yang secara terbuka mengakui tindakan rampasan kapal oleh tentera laun AS di Selat Hormuz sebagai
00:09satu perbuatan menyerupai lanun.
00:11Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagai, dalam hantaran di PlatformX pada Sabtu menyifatkan kenyataan itu sebagai pengakuan jelas terhadap tindakan
00:21yang didakwa melanggar undang-undang pelayaran antarabangsa.
00:25Menurutnya, kenyataan tersebut bukan sekadar kesilapan percakapan sebaliknya menunjukkan sifat sebenar tindakan yang dilakukan terhadap kapal-kapal Iran di laluan
00:33meritim antarabangsa.
00:35Beliau telah menggesa masyarakat antarabangsa, negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB serta Setiausaha Agung PBB supaya menolak sebarang cubaan
00:45menormalisasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
00:48Kenyataan itu dibuat sesulan ucapan Trump pada Jumaat ketika menggambarkan tindakan tentera Amerika merampas sebuah kapal beberapa hari lalu dalam
00:56tempoh konflik dengan Iran.
00:57Trump mendakwa kapal, kargo dan minyak yang dirampas memberikan keuntungan besar sambil menyamakan tindakan tersebut seperti lanun tetapi menegaskan ia
01:05bukan satu permainan.
01:06Sejak konflik tercetus, beberapa kapal Iran dilaporkan dirampas oleh Amerika selepas meninggalkan pelabuhan Iran termasuk kapal kontena dan kapal tangki
01:15minyak yang dikenakan sekatan di perairan Asia.
01:18Iran pula dilaporkan menyekat hampir semua kapal yang melalui selat humus kecuali kapal miliknya sendiri manakala Amerika mengenakan sekatan berasingan
01:26ke atas pelabuhan Iran.
01:28Konflik berterusan di rantau itu turut memberi kesan kepada pasaran tenaga global apabila harga minyak meningkat selain menjejaskan laluan strategik
01:35selat humus yang mengendalikan kira-kira 20% penghantaran minyak mentah dan gas asli cecai dunia.
Comments