Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Iran mengemukakan 14 maklum balas terhadap cadangan Amerika Syarikat untuk menamatkan perang melalui Pakistan, menegaskan penyelesaian dalam 30 hari, pengunduran tentera AS, penarikan sekatan serta rangka kerja Selat Hormuz.
Transcript
00:00Iran mengemukakan maklum balas 14 perkara terhadap cadangan Amerika Syarikat untuk menamatkan perang menerusi perantara Pakistan.
00:08Itu yang dilaporkan Anadolu Agency memetik agensi berita separuh rasmi Iran Tasnim pada Sabtu.
00:15Menurut Tasnim, jawapan Iran menangani cadangan 9 perkara Amerika Syarikat dan memberi tumpuan pada menamatkan perang.
00:23Menurut laporan itu, Washington mencadangkan gencatan senjata selama 2 bulan.
00:28Manakala Tehran menegaskan, isu-isu harus diselesaikan dalam tempoh 30 hari dan usaha harus ditumpukan pada menamatkan perang dan bukannya
00:37melanjutkan gencatan senjata.
00:39Menurut agensi berita Tasnim, cadangan Iran termasuk peruntukan seperti jaminan terhadap tindakan ketenteraan, pengunduran tentera Amerika Syarikat dari kawasan sekitar
00:49Iran, menarik balik sekatan dan sekatan tentera laut.
00:52Tehran turut menuntut asetnya dicairkan, pembayaran pampasan dan menamatkan permusuhan merentasi pelbagai bidang termasuk Lubnan.
01:00Dan ia menambah cadangan itu juga termasuk rangka kerja berkaitan selat humus, laluan penting bagi minyak dan gas global yang
01:07masih disekat sejak konflik bermula 28 Februari.
01:10Pakistan menjadi pengantara gencatan senjata antara pihak yang bertelagah pada awal April, mengatur rundingan damai bersejarah di Islamabad dan berhasrat
01:18untuk mengekalkan peranan itu sehingga konflik berakhir.
Comments

Recommended