Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan kini di fasa terakhir meminda Akta MARA 1966 bagi memperkukuh tadbir urus dan tatakelola agensi itu. Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan ini penting untuk mengelakkan ketirisan dan memastikan integriti pentadbiran.
Transcript
00:00Kerajaan kini berada di fasata akhir dalam proses menyemak semula Akta Majlis Amanah Rakyat MARA 1966 bagi memastikan aspek takbir
00:09urus dan tata kelola agensi itu diperkukuh seiring dengan peredaran zaman.
00:14Pengurusi MARA, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Zdusuki berkata, langkah meminda akta yang sudah berusia 60 tahun itu adalah kritikal bagi
00:22meletakkan asas yang teguh supaya pengurusan agensi tersebut kekal berintegriti tanpa dipengaruhi perubahan kepimpinan.
00:30Beliau menegaskan bahawa fokus utama pindaan tersebut adalah untuk menutup ruang yang boleh membawa kepada sebarang bentuk salah laku, kewangan
00:37dan pentadbiran.
00:40Aspek yang paling penting untuk kita pindah dan letakkan asas supaya biarpun pemimpin boleh datang dan pergi.
00:49Tetapi asas penting dari segi takbir urus, dari segi tata kelola supaya tidak berlaku kecurangan, tidak berlaku pemborosan, tidak berlaku
00:59ketirisan, ini dapat kita atur dengan sempurna.
Comments

Recommended