Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan perkenal elaun pasca cuti bersalin hingga 30 hari dengan bayaran 80 peratus gaji, manfaat lebih 132,000 pekerja wanita.
Transcript
00:00Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan alaun pasca cuti bersalin di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu semasa menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2026 di Bukit Jalil,
00:16Kuala Lumpur.
00:19Antara lain, Perdana Menteri maklumkan alaun tersebut melibatkan bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari sebulan
00:25selepas berakhirnya cuti bersalin sedia ada selama 98 hari.
00:29Menurutnya, inisiatif itu bertujuan mengurangkan tekanan ke atas wanita agar tidak terpaksa meninggalkan pekerjaan selepas tempoh cuti bersalin berakhir.
00:38Faedah ini dicadangkan kepada kadar 80% daripada gaji anggapan bulanan orang berinsurans wanita yang akan dibayar secara one-off.
00:48Ini akan memberi manfaat kepada lebih 132 ribu orang pekerja wanita.
01:01Tambahnya cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha progresif kerajaan dalam mengiktiraf peranan wanita dan ibu dalam pembangunan negara.
Comments

Recommended