Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Mahkamah Rayuan di Phnom Penh pada Khamis mengekalkan sabitan pengkhianatan dan hukuman penjara 27 tahun terhadap pemimpin pembangkang, Kem Sokha.

Mahkamah turut mengarahkan beliau dilarang ke luar negara selama lima tahun selepas tamat hukuman.
Transcript
00:00Mahkamah Rayuan di Phnom Pen pada Khamis mengekalkan sabitan pengkhianatan dan hukuman penjara 27 tahun terhadap pemimpin pembangkang Kem Soka.
00:09Dia turut dilarang ke luar negara selama 5 tahun selepas tamat hukuman.
00:16Peguamnya Peng Heng berkata, keputusan Mahkamah Rendah pada Mac 2023 dikekalkan sepenuhnya oleh panel hakim.
00:23Kem Soka kini menjalani hukuman di bawah tahanan rumah sejak 2018 selepas dipindahkan dari penjara ketika tempoh tahanan pra-perbicaraan
00:33pada 2017.
00:34Kem Soka 72 tahun disabitkan bersalah pada 2023 atas dawaan bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan kerajaan.
00:45Kes ini terus mencetuskan kritikan kononnya pemerintah menggunakan sistem kehakiman untuk menekan lawan politik.
00:53Bagaimanapun, Kerajaan Kemboja menafikannya dan komited berpegang kepada kedaulatan perundangan.
Comments

Recommended