Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Polis Diraja Malaysia menahan 69 individu dalam Operasi Cyber Guardian 2026, dengan hampir 500,000 fail berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak dikesan dalam operasi berskala serantau.
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia menahan 69 individu dalam usaha membanteras jenayah eksportasi seksual kanak-kanak dalam talian yang semakin membimbangkan.
00:10Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Khalid Ismail berkata, operasi berskala serantau itu turut mendedahkan hampir 500,000 file digital
00:18berkaitan bahan terlarang.
00:22Jelasnya operasi Cyber Guardian 2026 melibatkan kerjasama tujuh negara termasuk Malaysia, Singapura dan Jepun.
00:30Hasil operasi merekodkan seramai 69 individu telah berjaya ditangkap melibatkan 67 sasaran asal serta dua rakan sejenayah yang turut berada
00:45di lokasi semasa pemeriksaan dijalankan.
00:48Profil tangkapan orang kena tangkap menunjukkan bahawa pelaku terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan pekerjaan, merangkumi kanak
01:03-kanak hingga warga emas dengan julat umur antara 15 hingga 66 tahun.
01:10Sebanyak 126 barang kes telah dirampas melibatkan 124 peranti digital seperti telefon bimbit, komputer riba dan storan digital serta dua
01:25alat mainan seks.
01:27Hasil pemeriksaan awal mendapati sebanyak 498,690 fail digital telah dikenalpasti melibatkan 204,934 fail CSAM dan 293,760 fail
01:51pornografi dewasa.
01:52Menurutnya siasatan mendedahkan sindiket menggunakan platform digital dan aplikasi komunikasi tertutup bagi mengedar bahan telarang termasuk melalui akses berbayar.
02:03Tegas Muhammad Khalid jenayah ini semakin tersusun dan bermotifkan keuntungan.
02:08Beliau turut menggesa orang ramai meningkatkan kesedaran digital dan memantau penggunaan peranti dalam kalangan kanak-kanak bagi mengelak risiko cyber.
Comments

Recommended