00:00Kerajaan Negeri Selangor mengecam keras tindakan rejim Zionis Israel yang menyerang serta menahan aktivis kemanusiaan antarabangsa yang dalam misi menghantar
00:09bantuan ke Gaza.
00:10Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, serangan dan pemintasan kapal berhampiran Pulau Krid di Greece itu jelas melanggar
00:17undang-undang perairan antarabangsa selain mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab rejim berkenaan.
00:23Jelas Amiruddin tindakan ini menyalahkan sikap tidak peduli rejim Zionis Israel terhadap undang-undang antarabangsa serta usaha kemanusiaan yang dilakukan
00:32oleh masyarakat global.
00:34Tegasnya tindakan berulang kali itu membuktikan niat berterusan untuk menindas rakyat Palestine, sama ada melalui serangan ketenteraan mahupun sekatan bantuan
00:42kemanusiaan.
00:43Tambahnya lagi, konflik tersebut bukan sahaja menjejaskan Palestine, malah turut memberi kesan kepada negara lain di rantau Asia Barat termasuk
00:51Lubnan dan Irak.
00:52Beliau turut menuntut agar semua aktivis yang ditahan segera dibebaskan tanpa syarat.
Comments