Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Bermula 30 April, perkhidmatan bas dari Hotel Abraj AlTayseer ke Masjidil Haram disediakan pihak Tabung Haji untuk memudahkan pergerakan Jemaah Haji Malaysia untuk menunaikan ibadah mereka.

Bagi Jemaah Haji Malaysia yang ditemui, mereka nyata teruja memandangkan sebelum ini mereka terpaksa mengambil masa hampir 30 minit berjalan kaki untuk ke Masjidil Haram.
Transcript
00:00Dan surat pasti ini julung kali, Tabung Haji memperkenalkan perkhidmatan bas percuma kepada jemaah dari Hotel Penginapan ke Masjidil Haram.
00:06Pastinya ini berita gembira dan juga berita baik untuk seluruh jemaah Haji Malaysia dan keterujaan itu jelas kelihatan untuk jemaah
00:13yang pertama kali menggunakan perkhidmatan berkenaan.
00:17Kita terus bersama dengan Hilal Azmi dengan laporannya dari Mekah.
00:23Baik, saya dan Esai Yahya kini berada di Abraj Al-Taisir yang mana ini adalah antara lokasi di mana jemaah
00:32Haji Malaysia yang paling ramai.
00:35Antara yang paling ramai untuk jemaah muasasah yang tinggal lebih kurang 1.2km dari jaraknya ke Masjidil Haram.
00:43Dan pastinya hari ini juga hari yang cukup bersejarah apabila hari ini merupakan permulaan kepada perkhidmatan bas shuttle dari Hotel
00:51Abraj Al-Taisir terus ke Masjidil Haram yang disediakan oleh pihak lembaga Tabung Haji.
00:58Dan hari ini saya tengok bersama dengan Hajar-Hajar dan Haji-Haji yang bakal terus meneruskan ibadat mereka dalam hari
01:09Arafah nanti lebih kurang 26 hari dari sekarang.
01:11Hari ini pastinya mereka juga cukup excited bila ada perkhidmatan bas shuttle ini. Haji, dari mana? Nama siapa?
01:19Saya Zainal Abidin bin Muhammad Nur daripada Muazzam Sahpah.
01:23Okey Haji, bila bas shuttle ini ada, macam mana? Haji rasa macam mana?
01:28Memang amat menyeronokkan lah. Memang seronok, sungguh-sungguh seronok. Alhamdulillah.
01:36Okey, Hajar. Hajar nama siapa Hajar?
01:38Nurul Ain Hamdan.
01:39Nurul Ain Hamdan.
01:41So, bila bas ini dah tersedia sekarang permulaan hari ini, macam mana Hajar rasa?
01:45Gemiralah.
01:46Sebab apa?
01:46Sebab seronok nak pergi.
01:48Seronok nak pergi sebabnya di Haram. Sebelum ini pernah jalan kaki tak?
01:52Tak pernah.
01:52Tak pernah lagi. O, baru sampai hari ini?
01:54Dah. Ada pergi masa buat umrah.
01:56Ada pergi umrah dulu.
01:57Haa, okey, okey, okey.
01:59Tapi yang tu dekat lah.
02:01Ya.
02:02So, hari ni boleh naik bas laju sikit lah?
02:05Haa.
02:06Okey, okey, okey. Terus, terus, Haji. Hajar, boleh, boleh terus.
02:08Dengan ni, suami Najib.
02:10Oh, okey, suami, suami. Okey, okey. Baik, silakan, Hajar.
02:13Terima kasih.
02:14Baik, itu antara respon pantas antara Jemaah Haji Malaysia yang turut sama berada di Abraj Al-Taisir ini
02:21yang dapat menikmati perkhidmatan bas shuttle terus ke Masjidih Haram dan nak balik dari Masjidih Haram pun boleh terus ke
02:29bas ini sebab apa bas ini dia tak ada time, dia penuh saja jalan, penuh saja jalan.
02:35Itu konsepnya dan akan disediakan, akan tersedia 24 jam sehari sepanjang musim haji ini.
02:42Dan ini antara perkembangan penting yang perlu rakyat Malaysia tahu dan juga semua bakal-bakal Jemaah Haji yang bakal sampai
02:49ke tanah haram Mekah Al-Mukarramah ini.
02:52Itu saja laporan saya, Hilal Azmi dan juga Ehsan Yahya dari Mekah Al-Mukarramah untuk Astro Awani.
02:58Terima kasih.
Comments

Recommended