Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ketua Polis Negara menggesa semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan susulan kemelut di Negeri Sembilan, sambil menegaskan siasatan akan dijalankan terhadap laporan berkaitan isu 3R.
Transcript
00:00Semua pihak digesa bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan susulan kemulut Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.
00:09Tegas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, isu berkenaan melibatkan adat dan budaya negeri itu. Justru pendekatan berhati
00:18-hati perlu diambil.
00:19Saya cuma memohon kepada semua pihak supaya bertenang, tidak membuat sebarang komen yang saya rasa tidak perlu kerana saya percaya
00:30apa yang berlaku di Negeri Sembilan adalah isu yang melibatkan adat dan budaya yang diamalkan di negeri tersebut.
00:38Jadi kita sebagai sebuah pasukan keselamatan sentiasa memastikan keselamatan dan keteraman di Negeri Sembilan itu sentiasa terkawal dan kita membuatkan
00:49yang terbaiklah dan pihak-pihak yang berkaitan saya minta supaya tidak membuat sebarang komen yang mungkin boleh menjejaskan usaha-usaha
00:57bagi memastikan semua yang kembali kepada keadaan sediakala.
Comments

Recommended