00:00Dan berbaki kurang 24 jam sebelum pilihan Raya Negeri 9 PRN ke-16 berlangsung pada 1 Ogos.
00:06Memasuki hari terakhir kempen, tumpuan kini terarah kepada strategi setiap parti dan momentum kempen calon.
00:12Pelbagai isu tepatan, tawaran calon dan mesej utama parti terus diketengahkan dalam usaha meyakinkan rakyat yang menjadi penentu proses demokrasi.
00:21Rakyat setugas Farhan Hakimi yang meninjau situasinya di Seremban ada perinciannya.
00:25Silakan Farhan.
00:31Baik, terima kasih rakan setugas Kabir di Bukit Jalil dan saya pada ketika ini seperti yang Kabir katakan,
00:37saya berada di Seremban untuk meninjau situasi hari terakhir kempen pilihan Raya Negeri PRN 9 ke-16.
00:43Dan saya secara spesifiknya berada di Dun Bukit Kepayang yang menyaksikan penyandangnya Nicole Tanlikun pada PRN lalu meraih undi majoriti
00:51hampir RM20,000.
00:53Dan persoalannya sama ada beliau mampu untuk mencapai jumlah yang sama pada PRN kali ini
00:59apabila ada persefahaman di antara BN dan juga PN dibentuk pada PRN kali ini.
01:04Itu sama-sama kita nantikan pada 1 Ogos nanti.
01:06Tetapi tumpuan lain juga seperti yang kami katakan saya meninjau situasi hari terakhir kempen dan setakat jam 11 pagi tadi
01:12saya pergi ke beberapa lokasi dan saya meninjau aktiviti masyarakat.
01:17Setakat ini masyarakat masih melakukan aktiviti ekonomi mereka seperti biasa.
01:21dan perbualan juga tidak terlalu tertumpu kepada PRN.
01:25Tetapi dari segi pergerakan calon-calon yang bertanding pada PRN kali ini
01:29mereka masih lagi meneruskan walkabout, bertemu rakyat, menyantuni rakyat.
01:33Dan selain daripada calon, antara yang menjadi tumpuan hari ini adalah pergerakan pimpinan utama
01:38yang akan turun ke Negeri Sembilan membantu calon-calon berkempen.
01:43termasuklah Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
01:46yang mana beliau akan memulakan pergerakan beliau di sebuah kedai makan di Lavender Heights, Seremban
01:53pada sekitar 12 tengah hari sebelum beliau bergerak ke Masjid Karyah Paroi Jaya
01:58kira-kira pada jam 1.10 minit tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat.
02:02Dan pada sebelah petang pula, Datuk Seri Anwar dijadwalkan untuk menghadiri majlis perasmian
02:07Carnival Sahabat Usahawan Madani Negeri Sembilan di Pantai Batu 1 Port Dixon pada jam 4 petang
02:12dan kunjungan beliau akan diakhiri dengan majlis makan malam bersama masyarakat Jeram Padang
02:17di kawasan parkir Pasaraya Ekonomi Rompin pada pukul 8.15 minit malam.
02:23Dan tentunya akan ada beberapa lagi pimpinan utama selain Yamat Berhormat Perdana Menteri
02:27yang akan turun ke beberapa kawasan dun di Negeri Sembilan untuk bersama-sama membantu calon berkempen
02:34pada fasa yang kritikal ini.
02:36Berbaki beberapa jam sahaja lagi dan kita akan menyaksikan satu proses demokrasi
02:41diraihkan oleh lebih 800 ribu pengundi di Negeri Sembilan ini.
02:46Dan pada 7.45 nanti, saya dan rakan setugas Syaf Syukri, Syaf Malik dan juga penampai berita
02:54rakan setugas juga Luqman Haris akan bersama-sama melakukan sedikit analisis
02:58dan juga ulasan mengenai beberapa kerusi dun.
03:02saya akan mengulas mengenai kerusi labu, Syaf Malik akan mengulas mengenai kerusi dun Ampangan
03:08dan juga Syaf Syukri akan mengulas mengenai kerusi dun Rantau.
03:11Tentunya setiap kerusi dun ini akan ada cerita menariknya untuk dianalisis,
03:15akan ada mungkin sedikit kejutan pada 1 Ogos nanti.
03:19Itu sama-sama kita nantikan pada 7.45 nanti.
03:23Dan tentunya bermula 8 pagi esok, tumpuan beralih kepada 401 pusat mengundi di seluruh negeri
03:29apabila 103 calon menanti keputusan rakyat yang bakal menentukan barisan kepimpinan negeri
03:34bagi tempoh 5 tahun akan datang.
03:36Dan tirai kempen pada hari ini bakal dilabuhkan tepat pada jam 11.59 malam ini
03:42selepas berlangsung selama 14 hari yang menyaksikan pelbagai tawaran manifesto
03:47dan juga strategi oleh parti-parti yang bertanding pada PRN kali ini
03:51diketengahkan kepada rakyat di seluruh negeri sembilan.
03:55Dan kini tentunya segala percaturan politik serta tawaran yang dibawa sepanjang tempoh kempen ini
04:00akan diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa pemimpin yang layak untuk
04:04mentadbir kerajaan negeri sembilan ini pada esok hari.
04:08Saya kira tentunya tinjauan akan saya lakukan dari semasa ke semasa dan akan saya bawakan
04:12mungkin pada jam 7.45 nanti bersama rakan setugas saya yang lain.
04:16Tetapi untuk waktu ini kita kembali ke Kabir di Bukit Jalil.
Comments