Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Malaysia merekodkan peningkatan pendaftaran paten dan cap dagangan berkaitan sukan, dengan MYIPO melaksanakan pelan transformasi lima tahun bagi memacu harta intelek sebagai aset strategik ekonomi negara.
Transcript
00:00Bagi tempoh 2024 hingga 2025, statistik pendaftaran harta intelek di Malaysia telah merekodkan 15,350 permohonan paten dan 115,852
00:12permohonan cap dagangan.
00:14Daripada jumlah tersebut, 118 adalah permohonan paten berkaitan bidang sukan, manakala 1,812 permohonan cap dagangan telah diterima berkaitan produk
00:25dan perkhidmatan sukan.
00:2628.5% daripada ia merupakan permohonan cap dagang tempatan.
00:32Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup Datuk Armizan Muhammad Ali dalam satu kenyataan pada Khamis berkata,
00:38Kementerian menerusi MyIPO mengorak langkah proaktif melalui kerangka transformasi MyIPO NextGen.
00:45Plan strategik 5 tahun 2025 hingga 2030 ini memfokuskan kepada transisi harta intelek daripada sekadar instrumen pelindungan undang-undang kepada
00:55aset strategik yang memacu ekonomi negara.
00:58Transformasi ini digerakkan melalui tiga teras utama, pemodenan perundangan, pendigitalan perkhidmatan dan pengkomersialan harta intelek.
01:07Tambahnya bagi menyokong ekosistem ini, MyIPO memberi penekanan terhadap pengukuhan ekosistem pengkomersialan.
01:15Usaha ini dilaksanakan antaranya melalui pembangunan profesyen penilai harta intelek bertawliah,
01:21peluasan advokasi pembiayaan berasaskan harta intelek kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS
01:28serta pemerkasaan Akademi Harta Intelek dalam menawarkan kursus pengurusan dan pengkomersialan yang menepati standar antarabangsa.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended