Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU), iaitu RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026, RUU Pengurusan Bangunan 2026, dan RUU Tanah (Hak milik Subsidiari) 2026.
Transcript
00:00Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan empat rang undang-undang termasuk pindaan berkaitan hari kelepasan dan pengangkatan.
00:07Antara yang diluluskan ialah rang undang-undang hari kelepasan pindaan 2026, rang undang-undang pengangkatan pindaan 2026, rang undang-undang
00:16pengurusan bangunan 2026, serta rang undang-undang tanah hak milik subsidiari 2026.
00:24Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Dato' Joniston Luma Ed Bangkwai berkata, pindaan RUU hari kelepasan dilaksanakan bagi memberi kejelasan berhubung
00:34pelaksanaan cuti gantian apabila berlaku pertindihan pada hari Ahad.
00:38Kekluman Dewan Yang Mulia ini di bawah Sabah Labor Ordinans pelaksanaan cuti gantian adalah tertakluk kepada sama adah majikan telah
00:49menetapkan hari tersebut sebagai hari kelepasan serta sama adah yang jatuh pada hari rehat pekerja.
00:56Justru adalah penting untuk dipahami bahawa kedua-dua audinan ini mempunyai fungsi yang berbeza.
01:06Satu, menentukan status hari kelepasan Amn Negeri, menangkala satu lagi, mengawal hak pekerja dalam konteks pekerjaan swasta.
01:19Menurutnya, pindaan itu memastikan pelaksanaan cuti gantian lebih teratur, konsisten dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada penjawat awam serta masyarakat.
01:32Sementara itu, Menteri Wanita dan Kesejahteraan Rakyat Dato' Julita Majungki berkata, pindaan kepada Ordinan Pengangkatan 1960 dibuat bagi membolehkan pelaksanaan
01:43enakmen pengangkatan orang Islam 2024.
01:47Sehubungan itu, bagi memperuntukkan bahawa Ordinan Pengangkatan 1960 tidak terpakai kepada orang Islam dan untuk membolehkan enakmen pengangkatan orang Islam
02:002024 dilaksanakan dan dikuatkuasakan,
02:04pindaan ke atas Seksyen 23 Ordinan Pengangkatan 1960 perlu dilaksanakan memandangkan Seksyen ini menghalang pemakaian mana-mana undang-undang lain
02:16termasuk enakmen pengangkatan orang Islam 2024 bagi hal perkara berkaitan dengan pengangkatan anak.
02:25Turut diluluskan rang undang-undang pengurusan bangunan 2026 dan rang undang-undang tanah hak milik subsidiari 2026 bagi memperkukuh takbir
02:35urus dan pengurusan hal tanah di negeri ini.
02:39Langkah itu dilihat sebagai usaha kerajaan negeri dalam memperkemas sistem perundangan serta menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh.
02:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended