Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang membawa cadangan kepada pihak berkuasa bagi mewujudkan mekanisme khas pemantauan kes berulang membabitkan keganasan rumah tangga, susulan peningkatan kes yang direkodkan.
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bercadang kepada pihak berkuasa untuk mewujudkan mekanisme khas pemantauan kes berulang keganasan rumah
00:09tangga, susulan peningkatan kes.
00:11Menterinya Dato' Sri Nancy Syukri berkata langkah itu antara yang dibincangkan dalam sesi libat urus pada Rabu bagi memperkukuh pelindungan
00:18mangsa serta meningkatkan koordinisasi antara agensi.
00:24Ya ini juga yang kita bincang tadi ya sebab ia bukan di bawah kementerian kita namun inilah yang kita suarakan
00:33dan kita akan propuskan kepada pihak-pihak yang berwajib
00:38kerana kita ada pihak berwajib terutama sekali dari segi undang-undang siapa yang akan kita tuliskan, kita propuskan, kita usulkan.
00:48Sebab memang betul itu di antara perkara menjadi cabaran kepada kes-kes seperti ini.
00:55Dan kita mahu kalau boleh kes itu dipercepatkan satu, kedua ialah dari segi yang penguatkuasaannya, itulah kita cari tadi apa
01:06cara kita untuk mengetatkan lagi,
01:09untuk mempercepatkan lagi penguatkuasaan dan menguatkan lagi penguatkuasaan itu yang kita bincang bersama.
01:16Dalam bahasa terdekat dari Dato' Sri?
01:17Dia bukan macam ni, bukan nanti orang kata saya cakap, itu bukan di bawah kuasa kita, tapi kami yang akan
01:24tulis selepas ini akan kita tulis surat proposal kita kepada pihak-pihak yang berkenaan itu
01:31supaya perkara ini diambil kira dan diambil tindakan.
01:35Katanya antara cabaran utama ketika ini ialah tiada rekod menyeluruh bagi mengenalpasti pesalah berulang sekaligus menyukarkan tindakan awal diambil.
01:44Kementerian pada tahun lalu merekodkan 7,391 kes keganasan rumah tangga, meningkat berbanding 7,116 kes pada 2024 dan 5
01:55,507 kes pada 2023.
01:59Pihak berkuasa percaya masih banyak kes tidak dilaporkan.
02:02Tegas Nansi, pihaknya hanya boleh mengemukakan cadangan kerana kis jenayah di bawah bidang kuasa agensi lain,
02:09namun akan terus memperkukuh advokasi dan saluran bantuan termasuk talian 15999.
02:14Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended