Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Keputusan ini menambah tempoh penjara Yoon Suk Yeol selepas sabitan terdahulu, susulan kes berkaitan cubaan penguatkuasaan undang-undang tentera dan tindakan menghalang penyiasatan.
Transcript
00:00Mahkamah Rayuan Korea Selatan menjatuhkan hukuman tambahan tujuh tahun ke atas bekas Presiden Yoon Suk Yul
00:06berhubung percubaan melaksanakan undang-undang tentera di negara itu.
00:11Sebelum ini, Suk Yul dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah menghalang penyiasat daripada menahannya pada Januari 2025.
00:22Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sebahagian besar keputusan Mahkamah terdahulu yang mendapati Suk Yul bersalah
00:30kerana mengarahkan pemadaman rekod sulit telefon serta mencipta dan kemudian melupuskan proklamasi palsu selepas dekri itu ditarik balik.
00:38Mahkamah turut memutuskan bekas Presiden itu melanggar hak ahli kabinetnya apabila hanya memanggil sekumpulan ahli tertentu ke mesyuarat bagi menyemak
00:47rancangan undang-undang tenteranya.
00:48Selain itu, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan pembebasan Suk Yul oleh Mahkamah atas petuduhan salah guna kuasa berkaitan arahannya untuk mengedarkan
00:58kenyataan media palsu bagi mempertahankan pengisytiharannya.
01:01Keputusan itu merupakan yang pertama oleh bahagian pemberontakan Mahkamah Tinggi Seoul dalam kes membabitkan pengisytiharan darurat oleh Suk Yul pada
01:103 Disember 2024.
01:12Bekas Presiden yang sedang dipenjarakan itu menghadapi sebanyak 8 perbicaraan berkaitan pengisytiharan darurat yang singkat serta dawaan rasuah melibatkan istrinya
01:22dan kes kematian seorang anggota Merin pada 2023.
01:25Keputusan
01:25Keputusan
01:27Keputusan
Comments

Recommended