00:10Pekampungan air di Sandakan sekali lagi dilanda kebakaran apabila 30 rumah musnah dalam kejadian awal pagi Rabu di Pekampungan Karamunting.
00:21Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani Kedah mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan
00:30beberapa isteri lain serta teman wanitanya.
00:35Gerajaan menggesa tiga ekor gajah Asia iaitu darah, amoi dan kelat dibawa pulang dari Jepun jika pelaksanaan perjanjian sedia ada
00:44tidak lagi selari dengan prinsip konservasi, kebajikan hidupan liar dan sensitiviti semasa.
00:52Polis Terengganu melumpuhkan kegiatan pemalsuan kad pengenalan yang didalangi dua individu bagi tujuan penipuan kewangan.
01:01Kementerian Kewangan sahkan panduan telah dikeluarkan kepada kementerian dan agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus.
01:12Lembah Lenggung Perak kini secara rasmi diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark sekaligus mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa.
01:23Kementerian Pengangkutan Indonesia memanggil sebuah pengendali taksi untuk disoal siasat.
01:28Berikutan laporan sebuah taksi terlibat dalam kejadian pelanggaran kereta api di stesen Bekasi Timur, Jawa Barat yang mengorbankan sekurang-kurangnya
01:3615 orang.
01:39Mahkamah Rayuan Korea Selatan menjatuhkan hukuman tambahan tujuh tahun ke atas bekas Presiden Yun Soh Yul berhubung percubaan melaksanakan undang
01:48-undang tentera di negara itu.
01:52Bekas Perdana Menteri Thailand Taksin Sinawat akan dibebaskan secara peril pada 11 Mei.
01:59Persekutuan Syarikat Penerbangan India yang mewakili Air India, Indigo dan SpiceJet memberi amaran industri penerbangan negara itu kini berada di
02:09ambang menghentikan operasi.
Comments