00:00Kementerian Kesihatan KKM memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf fasiliti kesihatan sedia ada termasuk hospital di seluruh negara bagi menampung
00:09peningkatan permintaan perkhidmatan kesihatan.
00:12Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, pendekatan itu diambil memandangkan kebanyakan hospital awam ketika ini beroperasi dengan kapasiti
00:21hampir 100% sekaligus memerlukan peluasan fasiliti termasuk pembinaan blok tambahan.
00:31Ujarnya penambahan blok baru ini akan memberikan nilai tambah kepada mutu perkhidmatan khususnya kepada beberapa kepakaran dan akan menekankan tentang
00:39penjagaan kesihatan, kesejahteraan yang bertumpu kepada penjagaan, promosi dan ramalan awal penyakit.
00:46Pada masa sama jelasnya pembangunan fasiliti di peringkat penjagaan kesihatan sekunder Tetieri terus diperkasa.
00:53Zulkifli berkata pihaknya kini turut menumpukan pembinaan tiga hospital baru iaitu Hospital Petrajaya di Sarawak yang dijangka siap hujung tahun
01:01ini Hospital Sultanah Aminah HSA II di Johor Baru dalam proses tender dan Hospital Tuanku Jaafar II di negeri ini
01:09yang baru diluluskan perolehan tapak.
01:11Beliau berkata blok tambahan HTAN berjumlah RM153.4 juta itu dibina atas tapak seluas 4.18 ekor dengan pemilikan tapak
01:22pada 10 Mac dan siap sepenuhnya berserta pengeluaran sijil perakuan siap kerja CPC semalam yang dilaksanakan melalui kaedah reka dan
01:30bina.
01:30Menurutnya blok tambahan 6 tingkat atau dikenali blok B itu bukan sahaja menambah 132 katil wad biasa dan 12 katil
01:38ICU malah menengkapkan keseluruhan kapasiti HTAN kepada 458 katil berserta 6 dewan bedah baru.
01:47Beliau berkata dengan fasiliti baru itu perkhidmatan kepakaran juga dapat diperluas meliputi perubatan sukan, pink ribbon klinik untuk kanser payudara,
01:55pembedahan kolorektal, urologi dan pembedahan plastik dan rekonstruktif.
02:00Selain itu katanya perkhidmatan pembedahan cochlear implant ENT dan kemudahan pengurusan bencana turut disediakan sekaligus menunjukkan komitmen KKM dalam membawa
02:11perkhidmatan kepakaran lebih dekat kepada rakyat.
Comments