00:00Cadangan Pakatan Harapan atau PH Melaka untuk memperkenalkan adun lantikan menjelang PRN dilihat tidak mudah diterima Barisan Nasional atau BN.
00:11Penganalisis berpendapat langkah itu lebih memihak kepada PH berbanding BN.
00:16Menurut Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting, cadangan tersebut hanyalah talian hayat politik untuk PH yang masih
00:26berusaha mendapatkan semula sokongan di Melaka.
00:29Katanya BN tidak terdesak kerana rekod lalu menunjukkan mereka mampu menang tanpa bergantung kepada pihak lain.
00:36Beliau menegaskan cadangan adun lantikan juga menimbulkan persoalan terhadap prinsip demokrasi.
00:43Wakil rakyat sepatutnya dipilih oleh pengundi bukan melalui rundingan politik antarapati.
00:48Sementara itu, pengerusi PH Melaka Adli Zahari berkata cadangan itu bertujuan mengelakkan pertembungan antarapati dan menjaga kestabilan negeri.
01:00Namun, penganalisis dari Universiti Utara Malaysia Afifi Abdul Razak melihatnya hanya sebagai langkah awal, bukan penyelesaian muktamad.
01:09Afifi turut menjelaskan cabaran utama kerjasama BNPH adalah faktor DAP, malah kerjasama ini dijangka menjadi bahan kempen Perikatan Nasional yang
01:21boleh menjejaskan imej BN dalam pilihan raya nanti.
01:24Zaraun Alam, Yahya Syahir, FMT
Comments