00:00Penganalisis politik percaya bahawa PAS lebih memilih menyokong timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainuddin
00:06berbanding Presidennya Muhyiddin Hassin dalam perebutan kepimpinan Bersatu.
00:11Ini sesulam PAS secara tidak langsung menolak Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional
00:16apabila Presiden Parti Hadi Awang menyatakan bahawa Parti itu mahukan seseorang yang berusia bawah 70 tahun.
00:24Ahmad Fauzi Abdul Hamid yang baru-baru ini bersara dari Universiti Sains Malaysia
00:28berkata PAS tidak mahu dibebani dengan kes mahkamah yang dihadapi oleh Muhyiddin
00:33memandangkan Parti itu bergantung kepada reputasinya sebagai sebuah Parti yang bersih.
00:39Namun Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Hadi telah merencatkan harapan Muhyiddin
00:44untuk kembali menjadi Perdana Menteri dan kenyataannya itu bertujuan menunjukkan
00:48keyakinan terhadap kemampuan PAS mengemukakan calon sendiri.
00:52Beliau berkata PAS kini merasakan mereka lebih berkuasa selepas timbul desakan
00:57agar Muhyiddin berundur yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Bersatu.
01:02Sementara itu, Azrul Hadi Abdullah Sani dari ADA Southeast Asia berkata
01:06pendekatan realistik dalam politik sentiasa menjadi panduan PAS dalam politik gabungan
01:11dan Parti itu akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mendapat sokongan daripada bersatu.
01:16Hailey Izati, FMT
Comments