00:005 adun Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional di Negeri Sembilan
00:04sedia bekerjasama dengan 14 adun barisan nasional
00:07untuk memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri itu.
00:11Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan,
00:13Hanifah Abu Bakar hari ini menyerahkan surat kerjasama kepada BN Negeri
00:17yang diwakili oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Adun Palung,
00:21Datuk Mustafa Nagur.
00:23Hanifah berkata pihaknya kesal kerana krisis di negeri itu terus berlanjutan
00:27dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran.
00:30Ia sehingga sidang dun negeri itu terpaksa ditangguh tanpa sebarang tarikh baru.
00:36Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi dun
00:38dengan majoriti mudah 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
00:43Pada pilihan raya negeri 2023, Pakatan Harapan menangi 17 kerusi dun
00:48manakala barisan nasional dan perikatan nasional masing-masing memenangi 14 dan 5 kerusi.
Comments