00:00Seterusnya, rakyat Palestine di Tebing Barat dan kawasan tengah Gaza mula mengundi dalam pilihan raya majlis perbandaran. Ia pengundian pertama
00:07sejak Perang Gaza yang berlangsung dalam suasana pilihan politik yang terhad dan kekecewaan yang meluas.
00:13Menurut Suranjaya Pilihan Raya Pusat yang berpangkalan di Ramallah, hampir 1.5 juta orang berdaftar untuk mengundi di Tebing Barat
00:21yang diduduki Israel selain 70.000 pengundi di kawasan Dir Al-Balah di Gaza.
00:28Pusat pengundian dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Kebanyakan senarai calon berkait dengan parti nasionalis Fatah yang dipimpin Presiden
00:37Mahmud Abbas atau menampilkan calon bebas.
00:40Tiada senarai yang berkait dengan Hamas, seteru utama Fatah yang menguasai hampir separuh semenanjung Gaza.
00:46Di kebanyakan bandar, calon yang disokong Fatah akan bertanding menentang senarai bebas yang diketuai tokoh daripada kumpulan seperti Popular Front
00:54for the Liberation of Palestine.
00:55Seorang ahli perniagaan dari Tul Karim, Mahmud Badir berkata, beliau tetap akan mengundi walaupun tidak menaruh harapan yang tinggi untuk
01:04melihat perubahan yang bermakna.
01:06Katanya tidak kira calon bebas atau Fatah, hakikatnya Israel tetap menjajah Palestine.
01:12Pengundian di Dir Al-Balah dianggap sebagai satu eksperimen oleh pihak berkuasa Palestine, pimpinan Abbas.
01:17Kawasan itu dipilih kerana sebagian besar penduduknya tidak berpindah walaupun selepas lebih dua tahun perang antara Hamas dan Israel berlaku.
01:26Pusat pengundian di Tebing Barat akan dibuka sehingga pukul 7 malam waktu tempatan.
01:31Pengundian akan ditutup lebih awal pada pukul 5 petang waktu tempatan di Dir Al-Balah
01:35bagi memudahkan proses pengiraan undi dilakukan ketika hari masih siang berikutan ketidakan bekalan elektrik di kawasan yang musnah akibat perang
01:44itu.
Comments