Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ahli-ahli Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meluluskan penggunaan sistem kiraan mata baharu 15 mata (tiga set) selepas memperoleh majoriti dua pertiga undi yang diperlukan pada Mesyuarat Agung Tahunan BWF ke-87 yang berlangsung di Horsens, Denmark, pada Sabtu.
Transcript
00:00Ahli-ahli Persekutuan Bad Binten Dunia, WBF meluluskan penggunaan sistem kiraan mata baru 15 mata 3 set selepas memperoleh majoriti
00:102 per 3 undi yang diperlukan pada mesyarat agung tahunan BWF ke-87 yang berlangsung di Denmark pada Sabtu.
00:18Sistem kiraan 3x15 itu akan menggantikan format sedia ada 3x21 dan dijadualkan buka kuasa mulai 4 Januari 2027.
00:30Presiden BWF Kunying Patama Liswat Terakul berkata, keputusan tersebut merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memajukan sukan badminton ke tahap
00:40yang lebih tinggi.
00:41Sistem kiraan mata 3x15 ini bertujuan menjadikan perlawanan badminton lebih menarik dan kompetitif selain memperbaiki jadual kejohanan, memastikan tempoh perlawanan
00:51lebih konsisten dan memberi manfaat kepada kebajikan serta pemulihan pemain.
00:55Dengan wujudnya detik bertekanan tinggi lebih awal, kedudukan mata yang lebih rapat dan penamat yang lebih dramatik, format ini diharap
01:03dapat memastikan peminat terus teruja dari awal hingga tamat perlawanan.
01:07Mengulas kebimbangan beberapa pihak berkepentingan, beliau menegaskan perubahan itu tidak akan menjejaskan asas sukan badminton.
01:14Beliau berkata pihaknya sedar perubahan boleh menimbulkan kebimbangan, terutama dalam sukan yang mempunyai tradisi yang kukuh.
01:21Namun, keputusan ini tidak mengubah sifat asas badminton di mana kemahiran, taktikal, tuntutan fizikal dan mental serta dramatik sukan itu
01:30akan kekal.
01:32BWF dalam kenyataan sama maklumkan pihaknya akan terus mendengar pandangan ahli, pihak berkepentingan dan pemain ketika sukan itu melalui proses
01:40penyesuaian terhadap perubahan tersebut.
Comments

Recommended