Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Pasukan Rahsia AS mengiring Presiden Donald Trump dan tetamu kanan keluar Dewan White House Correspondents’ Dinner selepas bunyi kuat kedengaran berhampiran lokasi. Tiada kecederaan dilaporkan, siasatan masih dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik ini perkembangan yang baru kami terima di mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diiring keluar dari Dewan pada majlis
00:07White House Correspondence Dinner di Washington
00:09selepas beberapa bunyi kuat yang dipercayai sebagai tembakan kedengaran berhampiran lokasi acara itu.
00:15Pasukan Keselamatan Perkhidmatan Rasa Amerika Syarikat bertindak pantas dengan mengiring Trump, isteri beliau Melania dan beberapa pemimpin kanan lain keluar
00:23dari Dewan Utama sebagai langkah berjaga-jaga.
00:27Semasa insiden berkenaan, beratus-ratus tetamu berlindung di bawah meja dan pintu Dewan ditutup seketika sepanjang prosedur keselamatan dijalankan.
00:36Beberapa saksi melaporkan jeritan mengarahkan orang ramai memberi laluan dan menunduk ketika situasi menjadi cemas.
00:44Kejadian itu berlaku ketika majlis berprestij itu berlangsung di Hotel Washington Hilton dengan kehadiran ratusan tetamu termasuk pegawai kanan pentadbiran,
00:53wartawan, selebriti dan pengemang media.
00:56Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan secara rasmi punca sebenar bunyi tersebut.
01:01Namun beberapa laporan awal menyebut bunyi dentuman kuat atau tembakan disyaki kedengaran berhampiran lobi hotel
01:08sekaligus mencetuskan panik dalam kalangan hadirin.
01:12Rangkaian televisyen Amerika menyebut tiada kecederaan dilaporkan setakat kejadian itu.
01:16Manakala situasi berjadi kawal selepas langkah keselamatan dipertingkatkan.
01:21Pihak perkhidmatan rahsia memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti sumber ancaman berkenaan.
01:28Majlis White House Correspondence Dina merupakan acara tahunan yang menghimpungkan pengamal media dan pemimpin tertinggi Amerika.
01:36Kehadiran Trump pada tahun ini menjadi tumpuan kerana ia merupakan penampilan pertamanya sebagai presiden ketika acara tersebut.
01:43Malah ia berlaku ketika mana konflik Asia Barat yang disyetuskan daripada serangan Israel AS terhadap Iran semakin meruncing
01:51dengan prospek rundingan terus kabul sekaligus hampir mustahil melihat peperangan berakhir dalam tempoh terdekat.
01:58Peperangan yang berlanjutan bukan sahaja menjejaskan ekonomi global tetapi juga tahap kemarahan komuniti dunia
02:04terhadap kesannya seperti harga minyak melambung dan harga barang meningkat.
Comments

Recommended