00:00Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan polis selepas dipercayai melakukan aksi berbahaya di Jambatan Putera Putrajaya yang tular dalam media
00:09sosial pada Khamis.
00:10Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, ACP Mamad Zamzuri Mamad Isa berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular
00:18di media sosial yang memaparkan dua motosikal berkuasa tinggi dipercayai ditunggang secara berbahaya.
00:26Beliau berkata menerusi siasatan awal yang dijalankan pihaknya telah mengenal pasti seorang daripada penunggang motosikal berkenaan.
00:33Lelaki berusia 31 tahun itu kemudian tampil di Balai Trafik IPD Putrajaya bagi membantu siasatan dan mengaku pemilik motosikal terbabit
00:42serta mengesahkan insiden berkenaan berlaku pada 12.30 tengah malam pada 19 April lepas.
00:47Siasatan awal turut mendapati kumpulan terbabit berada di lokasi berkenaan untuk menghasilkan kandungan media sosial dan bukan tujuan perlombaan.
00:57Difahamkan, ini kali pertama kumpulan berkenaan berkumpul di lokasi terbabit yang terletak berhampiran Masjid Putera.
01:03Mohd Zamzuri berkata pihaknya turut menahan seorang lagi penunggang motosikal berusia 33 tahun serta menyita dua motosikal berkuasa tinggi yang
01:12terlibat dalam insiden itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 81 Akta Pengukutan Jalan 1987.
01:19Beliau berkata keterangan daripada dua lelaki terbabit telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
01:26Pihaknya juga sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam rakaman video berkenaan.
01:34Pihaknya juga sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam rakaman video berkenaan.
Comments