00:00Syarikat pengeluar kasut sukan terkenal Nike akan memberhentikan kira-kira 1,400 pekerja bagi memperkemas aliran kerja.
00:09Langkah itu dilakukan ketika syarikat pakaian sukan yang sedang bergelut itu berusaha mengharungi kemerosotan jualan yang berlarutan selama beberapa tahun.
00:22Dalam satu memo kepada pekerja, Ketua Pegawai Operasi Van Katesh Ali Giri Sami berkata, Nike akan mengurangkan pekerjaan dalam operasi
00:31global.
00:31Ini terutamanya dalam bidang teknologi di Amerika Utara, Asia dan Eropah merangkumi kira-kira 2% jumlah tenaga kerja globalnya.
00:41Langkah itu merupakan yang terbaharu dalam siri pemberhentian pekerja di Nike selepas pemotongan 775 jawatan pada Januari lalu dalam usaha
00:52mempercepat automasi.
00:54Seorang jurucakap syarikat itu enggan memberikan angka penjimatan kos bagi pemberhentian tersebut.
01:01Pengurangan ini akan membolehkan Nike mengintegrasikan rantaian bekalan bagi bahan, kasut dan pakaian dengan lebih baik.
01:08Antara lain menumpukan operasi teknologinya di dua hub utama iaitu ibu pejabatnya di Beaverton, Oregon dan Pusat Teknologi Nike India.
Comments