Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Keadaan tersebut memberi kesan langsung kepada proses rawatan pesakit, khususnya mereka yang memerlukan ubat secara berkala dan berterusan.
Transcript
00:00Hospital di Iran mengalami kekurangan stok ubat susulan sekatan laut serta gangguan rantaian bekalan di Selat Hormuz.
00:08Ketua Hospital Ibn Sina, Arash Anisian berkata, mereka menghadapi kekurangan ubat kimoterapi, ubat tahan sakit serta ubat tekanan darah tinggi
00:17berikutan halangan bekalan import dan serangan ke atas kilang petrokimia negara itu.
00:25Jelasnya keadaan tersebut memberi kesan langsung kepada proses rawatan pesakit khususnya mereka yang memerlukan ubat secara berkala dan berterusan.
00:52Unfortunately, after damaging petrochemical companies, we face many problems in packaging of medications and medical equipments and disposables in medical
01:11use.
01:13In my opinion, we have only two months medication in storage and two months API and intermediate products to manufacturing
01:29their medications.
01:31Sementara itu, petugas perubatan lain memaklumkan bekalan di Iran setakat ini masih memadai bagi mengelakkan krisis ubat-ubatan dan barangan
01:40keperluan asas.
01:41Namun sekiranya konflik berlarutan, simpanan sedia ada mungkin tidak mampu menampung permintaan tempoh jangka panjang.
01:49Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata sehingga rundingan damai dengan Iran memperoleh kata sepakat.
Comments

Recommended