Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Tiga individu termasuk seorang pengasas rangkaian taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan pusat asuhan kanak-kanak tanpa pendaftaran yang sah.
Transcript
00:00Bertemu kembali, tiga individu termasuk pengasas sebuah rangkaian taskar didakwa di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan menjalankan
00:10operasi pusat asuhan kanak-kanak tanpa pendaftaran sah Januari lalu.
00:14Pengasas rangkaian taskar Nur Fadilah Alias, 36 tahun bersama dua pengusaha cawangan iaitu Nurul Aina Zulkifli, 34 tahun dan Nurul
00:23Khairul Nisa Badrillah, 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
00:31Pendawaan dijalankan di harapan Magistret Atikah Muhammad Salim, Magistret Khairul Nisa Hasni dan Magistret Aina Az-Zahra Arifin.
00:39Mengikut pertuduhan, Nur Fadilah dan Nurul Aina didakwa bersama-sama menjalankan operasi sebuah taskar tanpa pendaftaran sah di Taman Danau
00:48Desa Brickfields pada 9 Januari lalu.
00:51Dalam pertuduhan berasingan, Nur Fadilah turut didakwa bersama Nur Khairul Nisa atas kesalahan sama di sebuah taskar di Jalan Alam
00:58Sutera Ceras pada 5 Februari.
01:00Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6-1 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
01:10Mahkamah membenarkan Nur Fadilah diikat jamin RM9,000 manakala Nurul Aina RM2,500 dan Nur Khairul Nisa RM3,500 dengan
01:18seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
01:21Mahkamah menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Comments

Recommended