00:00Harga aluminium dunia terus mencatat kenaikan apabila melepasi paras $3,620 Amerika Satu Tan di Bursa Logam London atau LME.
00:11Susulan gangguan bekalan daripada pengeluar utama di rantau Teluk Parsi.
00:15Perkembangan itu mendorong firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank, HLIB, menaik taraf saham Press Metal kepada saranan beli.
00:23Selain meningkatkan unjuran pendapatan syarikat sebanyak 13% bagi tahun kewangan 2026 dan 18% untuk 2027.
00:34Menurut HLIB, kenaikan harga aluminium yang dipacu faktor geopolitik serta strategi lindung nilai yang lebih baik dijangka memberi sokongan kukuh
00:44kepada pendapatan syarikat.
00:45Ketika ini, kumpulan perkenaan melindungi nilai 65% pengeluaran aluminium pada harga $2,800 Amerika Satu Tan, manakala baki 35
00:56% lagi terdedah kepada harga pasaran semasa yang lebih tinggi.
01:01Firma itu turut memaklumkan premium logam Main Japanese Port atau MJP yang meningkat kepada sekitar $300 Amerika Satu Tan dijangka
01:09terus menyokong harga jualan purata direalisasi.
01:12Pada masa sama, saham Press Metal pula telah meningkat lebih 18% sejak awal tahun sekaligus menambah hampir RM9.39
01:20bilion kepada nilai pasaran syarikat sejak awal Mac 2026.
01:25Secara keseluruhan, tahun 2026 dijangka menjadi tempoh yang kukuh dari segi jualan dan keuntungan didorong harga aluminium yang kekal tinggi
01:33dalam jangka sederhana.
Comments