00:00Jepun akan mula melepaskan simpanan minyak tambahan bersamaan bekalan untuk 20 hari mulai 1 Mei ini.
00:08Susulan ketidaktentuan pembukaan semula selat hormus.
00:11Langkah itu diumumkan Kerajaan Jepun pada Jumaat sebagai usaha memastikan kestabilan bekalan negara yang sangat bergantung kepada import minyak mentah.
00:22Tindakan terbaharu ini menyusuli pelepasan awal simpanan minyak bersamaan 50 hari bekalan yang telah bermula sejak pertengahan Mac lalu.
00:30Selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran menimbulkan kebimbangan terhadap laluan penghantaran tenaga global.
00:38Kementerian Ekonomi Perdagangan dan Industri Jepun memaklumkan pelepasan kedua itu melibatkan sebanyak 5.8 juta kiloliter minyak
00:46dengan nilai dianggarkan 504 bilion yen bersamaan kira-kira 3.4 bilion dolar Amerika.
00:53Bekalan daripada simpanan nasional itu akan disalurkan melalui 10 pangkalan penyimpanan di seluruh negara kepada 4 pemborong minyak utama.
01:02Jepun memperoleh lebih 90% import minyak mentahnya dari Asia Barat dan sebahagian besar penghantaran tersebut melalui selat hormus yang
01:11menjadi laluan kritikal bagi bekalan tenaga dunia.
01:13Perkembangan ini mencerminkan langkah berjaga-jaga Tokyo dalam menghadapi risiko gangguan bekalan global yang masih belum pulih sepenuhnya.
Comments