Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
MBSB Research menjangkakan inflasi Malaysia meningkat sekitar 2% tahun ini berikutan lonjakan harga minyak global, dengan Bank Negara dijangka kekal berhati-hati dalam pelarasan kadar faedah.
Transcript
00:00Inflasi negara dijangka meningkat dalam tempoh terdekat, susulan lonjakan harga minyak global, ekoran ketidaktentuan konflik di Asia Barat.
00:08Pakar Ekonomi MBSB Research Abdul Muiz Murhalim menjangkakan kadar inflasi tahun ini meningkat sekitar 2% lebih tinggi berbanding unjuran
00:18sebelum ini 1.8%.
00:22Menurut beliau, kadar inflasi semasa 1.7% berpotensi meningkat disokong tekanan kos pengangkutan, kesihatan, perkhidmatan dan utiliti.
00:32Tekanan kos yang meluas dijangka terus mempengaruhi harga pengguna dalam bulan-bulan akan datang.
00:38Bagaimanapun, Muiz berpandangan bahawa Bank Negara Malaysia BNM dijangka mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa menaikkan kadar dasar
00:47semalaman OPR
00:48walaupun pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh.
00:52Tambahnya, OPR dijangka kekal kerana kenaikan kadar faedah berisiko membebankan rakyat dan peniaga.
00:59Pada saya, keputusan Bank Negara untuk membuat sebarang perubahan OPR adalah berdasarkan kekuatan permintaan tempatan.
01:07Walaupun kita lihat di satu sudut, sebenarnya kenaikan inflasi yang berlaku disebabkan masalah bekalan.
01:13Dan pada saya, tiada alasan untuk OPR dinaikkan kerana ini mungkin membiarkan kesan tambahan kepada rakyat dan juga peniaga.
01:21Namun, tambah beliau, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan permintaan domestik yang berterusan
01:26boleh membuka ruang kenaikan OPR ke paras 3%.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended