00:00Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Ahli Parlimen PAS Siti Mastura Muhammad membayar ganti rugi RM750,000 kerana
00:11memfitnah tiga pemimpin kanan DAP.
00:14Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Ahmad Kamal Shahid bersama Avril Marriott Peters dan Latifah Taha sebulat suara menolak rayuan wakil
00:23rakyat kepala batas itu.
00:26Ketika menyampaikan keputusan tersebut, Kamal menyatakan Mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuannya sekaligus mengekalkan sepenuhnya penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
00:37pada 4 Disember 2024.
00:40Panel itu juga menolak rayuan balas daripada ketiga-tiga pemimpin berkenaan berhubung kuantum ganti rugi yang didakwa tidak mencukupi.
00:48Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos bagi kedua-dua rayuan dan rayuan balas berkenaan.
00:56Siti Mastura didapati memfitnah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teri Sakok dengan mengaitkan mereka dengan bekas pemimpin Parti
01:04Komunis Malaya,
01:05Jin Peng melalui dakwaan hubungan kekeluargaan dalam satu ceramah politik di Kemaman Terengganu pada 4 November 2023.
Comments