00:01Kerajaan Selangor bersetuju mempertimbangkan penempatan semula tapak Kuil Seri Mahamaryaman di Taman Medan, susulan bantahan penduduk terhadap cadangan lokasi asal.
00:13Exkos Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Paparaidu berkata, keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau MMKN pada
00:235 Mac lalu selepas Kerajaan Negeri mengambil kira bantahan penduduk setempat.
00:30Menurutnya, Persatuan Penganut Seri Mahamaryaman Desa Perangsang sudah mengemukakan permohonan baharu bagi tapak gantian.
00:37Beliau menjawab soalan adun Taman Medan, Afif Bahardin berhubung isu kuil tidak berlesen di Selangor.
00:45Februari lalu, kira-kira 80 penduduk PJS 2 di Taman Medan membantah keputusan Kerajaan Negeri meluluskan pemindahan sebuah kuil dari
00:54PJS 4 ke kawasan didiami majoriti penduduk Melayu Islam.
00:59Berhubung dawaan lebih 600 kuil bermasalah di Selangor, katanya angka itu perlu diperincikan kerana bukan semua struktur terbabit adalah kuil,
01:08sebahagiannya mungkin hanya shrine atau pondok penyembahan kecil.
01:14Paparaidu turut mengakui, bukan semua kuil atau shrine yang dibina tanpa kelulusan boleh diberikan tapak gantian disebabkan kekangan tanah di
01:22Selangor.
Comments