Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata isu berkaitan MIC wajar bincang dalam mesyuarat itu kerana parti terbabit 'tidak berdisiplin' dan sering berdolak-dalik membuat keputusan politik.
00:00Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puan Zakashi, menggesa pimpinan MIC hadir ke mesyuarat barisan nasional akan datang untuk memberi penjelasan dan mempertahankan pendirian mereka, susulan rasa tidak senang parti itu terhadap kata dua Presiden Zahid Hamidi.
00:17Beliau berkata MIC tidak wajar menduduh Zahid sebagai sombong, sebaliknya perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai komponen BN dengan hadir ke mesyuarat dan berhujah secara terbuka.
00:28Beliau mengulas kenyataan naib Presiden MIC Nelson Rengadaten bahawa Zahid mungkin sedang bermimpi jika percaya BN mampu bertahan selamanya dalam keadaan sekarang.
00:40Minggu lalu, Zahid berkata status MIC akan dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN tahun hadapan namun kemudian memberi amaran BN akan menentukan nasib MIC jika parti itu masih tidak dapat menentukan masa depan dalam komponen berkenaan.
00:56Tambah puan MIC kini dilihat tidak mempunyai pendirian jelas apabila jawatan kuasa pusat parti itu masih belum membuat keputusan mutamat sama ada keluar atau kekal dalam BN selain mempersoalkan sama ada MIC menyesal dengan ugutan awal untuk keluar daripada gabungan berkenaan.
01:15Beliau mendakwa MIC kini tersepit selepas melihat perpecahan dalam Perikatan Nasional dan prestasi gabungan itu termasuk hanya memenangi satu kerusi pada PRN Sabah.
Be the first to comment