00:00Sambutan Hari Pekerja Sedunia Bersama Festival Music Air Rain Rave yang dijadual berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei di
00:10Bukit Bintang merupakan acara pelancongan tahunan yang dianjurkan secara tersusun di bawah pemantauan ketat.
00:16Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh berkata penganjuran acara itu selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia
00:252026 TMM 2026 yang bertujuan merangsang ekonomi bandar Kuala Lumpur memacu industri pelancongan serta menyokong peniaga kecil dan sederhana.
00:37Beliau berkata acara itu dianjurkan secara berskala sederhana dengan matlamat menyediakan platform interaksi yang positif, sihat dan inklusif kepada peserta
00:48tempatan dan antarabangsa khususnya sempena hari pekerja.
00:52Beliau turut mengecam keras beberapa hantaran berunsur hasutan dan fitnah di media sosial trust oleh pihak tertentu yang sengaja mencetuskan
01:01kekeliruan serta tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
01:06Dakwa beliau kenyataan berkenaan telah memutar belitkan sifat dan tujuan acara sekaligus mencipta naratif yang mengelirukan serta mengaburi pandangan umum.
01:16King Singh berkata orang ramai berhak menyuarakan pandangan namun ia perlu berasaskan fakta dan bukannya hasutan atau manipulasi persepsi yang
01:26boleh membangkitkan emosi serta mengugat keharmonian masyarakat.
01:30Sebagai perbandingan, beliau berkata acara berskala besar seperti Songkran di Thailand telah lama berjaya menarik pelancong serta menjana pulangan ekonomi
01:40yang besar kepada negara itu.
01:42Jelasnya, usaha mencetuskan kontroversi atau memutar belit fakta hanya akan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi dan kestabilan sosial negara.
01:52Dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu katanya, sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam merangsang perbelanjaan, menyokong kehidupan rakyat
02:03serta memperkukuh daya tahan industri.
02:06King Singh turut menafikan dawaan bahawa peserta diwajibkan memakai pakaian menjolok mata sebaliknya menegaskan acara itu dianjurkan, berlandaskan nilai masyarakat
02:16serta kerangka undang-undang negara.
Comments