00:00Sementara itu, penduduk Palestine pada Rabu mengadakan upicara pengembumian seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang maut ditembak di
00:09Tebing Barat.
00:10Mangsa Wais Al-Nassan terbunuh sehari selepas peneroka haram Yahudi dan anggota keselamatan Israel didakwa melepaskan tembakan di perkampungan Al
00:20-Mugair berhampiran Ramallah.
00:25Persatuan Bulan Sabit Merah Palestine memaklumkan bahawa dua rakyat Palestine terbunuh dan empat lagi cedera akibat tembakan oleh peneroka Israel
00:33dalam kejadian pada selasa di Al-Mugair.
00:35Seorang pelajar tempatan, Fatih Abu Aliyah berkata kejadian berlaku ketika Wais berada di dalam kelas.
00:42Fatih berkata peneroka Israel melepaskan tembakan ke arah kelas dan Wais ditembak di kepala.
00:47Ketua Majlis Tempatan Al-Mugair, Amin Abu Ulayah berkata peneroka dan anggota keselamatan Israel memasuki kampung sebelum melepaskan tembakan ke
00:56arah sebuah sekolah pada mulanya menyasarkan pelajar dan kemudian orang awam yang tiba di lokasi.
01:01Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Wais terbaring di atas tanah selepas ditembak ketika penduduk cuba membawanya keluar
01:08dari kawasan tersebut sementara bunyi tembakan masih kedengaran.
01:11Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan pasukannya dikerahkan ke kawasan Al-Mugair selepas menerima laporan bahawa batu dilemparkan ke arah
01:20kenderaan Israel yang membawa orang awam dan seorang anggota simpanan.
01:24Tentera itu berkata anggota terbabit keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah pihak yang dikelar sebagai suspek.
01:31Insiden ini merupakan yang terbaru dalam peningkatan keganasan di Tebing Barat melibatkan tindakan peneroka haram, Yahudi dan pasukan keselamatan Israel
01:39terhadap penduduk Palestine.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments