00:00ABB Malaysia memperkukuhkan jejak inovasinya menerusi pelancaran pusat pengalaman pelanggan baru yang direka untuk mempercepatkan transformasi industri.
00:11Ia membolehkan perniagaan menggunapakai teknologi elektrifikasi, automasi dan digital termaju sejajar dengan aspirasi ekonomi rendah karbon Malaysia.
00:23Menurut ABB Malaysia, penubuhan pusat itu membina legasi panjang inovasi syarikat serta menzahirkan komitmennya dalam menyokong aspirasi pelepasan sifar bersih
00:33negara dan pertumbuhan berteraskan inovasi.
00:36Inisiatif itu juga selari dengan keutamaan nasional yang digariskan dalam Plan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu
00:452030 dan Agenda Malaysia Madani
00:47yang bertujuan mempercepatkan penyah karbon, meningkatkan daya saing industri serta memperluaskan penggunaan teknologi maju.
00:55Direka sebagai ruang kolaboratif dan imersif, pusat tersebut memberi tumpuan kepada sektor utama termasuk minyak dan gas, pusat data serta
01:04pembuatan semikonduktor di samping industri pertumbuhan tinggi lain.
01:09Pelancaran pusat berkenaan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kemencian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Mat Zaidi Muhammad Mekarli pada selasa.
01:18Dalam ucapannya, Mat Zaidi berkata, melalui teknologi dan inovasi, kerajaan yakin keselamatan tenaga dapat diperkukuh,
01:25pelepasan dapat dikurangkan dan negara dapat berkembang sebagai ekonomi rendah karbon yang kompetitif.
01:30Pada majlis pelancaran itu, Mat Zaidi turut menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan pelaburan dalam grid nasional,
01:36termasuk infrastruktur grid, sistem penyampaian tenaga bateri serta naik taraf sistem.
Comments