Skip to playerSkip to main content
Anggota tentera berdepan tiga pertuduhan cabul budak perempuan, miliki bahan lucah

Seorang anggota tentera berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa berkaitan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan, selain memiliki pelbagai gambar serta video lucah dalam simpanan telefon bimbitnya minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Muhammad Fudhail Fathollah Hamdan, 23, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776621/berita/semasa/anggota-tentera-berdepan-tiga-pertuduhan-cabul-budak-perempuan-miliki-bahan-lucah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AnggotaTentera #AmangSeksual
Transcript
00:01Seorang anggota tentera berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Session Air Keruh pada Selasa
00:07berkaitan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan
00:11selain memiliki pelbagai gambar serta video lucah dalam simpanan telefon bimbitnya minggu lalu.
00:17Tertuduh Muhammad Fudail Fatullah Hamdan, 23 tahun,
00:21membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan
00:24yang dibacakan di hadapan Hakim Raja Nur Adilah, Raja Mahyaldin.
00:28Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal
00:33terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun
00:37dengan menarik mangsa masuk ke dalam rumah dan menolak badan mangsa ke dinding.
00:42Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu
00:46terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia sebelas tahun
00:50dengan menarik mangsa masuk ke dalam rumah
00:52serta memegang kedua-dua tangan mangsa sambil memaksa mangsa membuka mulut.
00:57Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada 12 April lalu,
01:01sekitar jam 4.30 petang, semasa berada di sebuah rumah kosong
01:06tidak berpenghuni di Jalan Serindit, Kem Terendak Sungai Udang,
01:10dalam daerah Melaka Tengah.
01:12Pertuduhan ibuat mengikut Seksyen 14 Kurungan A
01:15Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
01:19yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun
01:23dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
01:26Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki pelbagai gambar
01:31dan video lucah disimpan dalam telefon bimbitnya
01:34yang dirampas oleh pihak polis semasa pemerisaan
01:37di Pejabat Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak
01:41D11, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontingen Melaka
01:45pada 13 April 2026 sekitar jam 8 malam.
01:50Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kurungan A
01:55Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun
02:00atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
02:04Timbalan pendakwa raya Muhammad Kayum Ramlan mencadangkan
02:07wang jaminan RM20,000 bagi pertuduhan pertama
02:11serta RM20,000 masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga
02:15serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa
02:19saksi pendakwaan selain syarat lain yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
02:23Tertuduh yang diwakili Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
02:28Amrit Palsing dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan
02:32kerana tertuduh merancang menamatkan zaman bujang hujung tahun ini
02:36selain keluarganya tidak berkemampuan membayar jumlah jaminan tinggi.
02:41Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000
02:44dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan
02:47tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan
02:50serta perlu melapor diri di Balai Polis Berhampian setiap bulan.
Comments

Recommended